31 August 2008

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum..
Akhirnya tiba jua bulan dimana semua umat Islam akan menunaikan ibadah puasa yang dituntut didalam Islam. Akan menahan diri dari makan dan minum hinggalah sampai pada waktu untuk berbuka puasa. Selama 1 bulan umat Islam akan berpuasa dan pada sebelah malamnya pula umat Islam akan menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Mendekatkan diri pada Allah S.W.T..

Dengan itu, kamezaim ingin memohon maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki andai ada salah dan silap. Kamezaim hanyalah insan biasa, yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Andai ada yang terasa hati terhadap kamezaim, maafkanlah dunia dan akhirat. Sama-samalah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sama-samalah kita mempertahankan kesucian Agama Islam..

Kamezaim ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada seluruh umat Islam, tak kira dimana anda berada, tak kira warna kulit anda, tak kira apa bangsa anda, semoga perjalanan hidup anda diredhai oleh Allah S.W.T..

peluk
..Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan..

6 Komen:

SlumbeRaja Monday, 01 September, 2008  

selamat berpuasa...

mari la singgah ke blog saya n komen skali yerks

Pesta Membeli Belah Raya Bermula!

Kamezaim Monday, 01 September, 2008  

kepada Slumber raja : hehehe selamat berpuasa,dh pergi pun blog kamu..hehe

Kepada yonna : salam ramadhan juga..tq

Princess Liyana Monday, 01 September, 2008  

Salam ziarah~;)

hehe,selamat berpuasa jgak!jgn ponteng ok:)

Tirai Hidup Monday, 01 September, 2008  

uiks gambar bear ni tak sesuaaaii sebab berpelukan nanti kureng pahala tengok tau kahkahkahkah!

seronoknya aku dapat nyakat dia ni...

Tirai Hidup Monday, 01 September, 2008  

ko mesti luluskan komen aku kalau tak ????warning muhahahahha...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP