21 May 2008

Apa Itu Bom Tangan?

Bom tangan merujuk kepada bom yang dipegang dengan tangan, untuk dilontar oleh askar. Perkataan bom tangan dalam bahasa Inggeris - "grenade" berasal dari bahasa Sepanyol bagi perkataan granada (delima pomegranate, merujuk kepada saiz umum bom tangan awal, dan kerana kandungan serpihan tajamnya meningatkan mereka kepada biji dalam buah delima. Gelaran Grenadier berasal dari kumpulan askar yang khusus dalam melempar bom tangan. Sesetengah bom tangan direka untuk ditembak oleh Pelancar Bom Tangan.

Reka Bentuk Dan Kegunaan :

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz bom tangan, untuk tujuan yang berlainan, tetapi kesemuanya mempunyai dua benda yang sama. Pertama, ia berongga agar dapat diisi dengan bahan letupan atau pengisi kimia. Kedua, ia mempunyai liang yang membolehkan fius di skrew atau dimasukkan.

Bom tangan pada asasnya adalah bom kecil, tetapi berfungsi serupa dengan mercun mudah. Mercun dibuat daripada ketulan kertas yang diisi dengan ubat bedil dan mempunyai fius kecil. Apabila fius dinyalakan, ia terbakar sehingga pada serbuk ubat bedil dan meletup berkecai. Bom tangan berfungsi dengan cara yang sama, perbezaan penting adalah fius bom tangan dinyalakan oleh peranti mekanikal dan bukannya dengan menggunakan mancis.

Ciri-ciri :

Bom tangan berkongsi tiga ciri-ciri yang sama:
  • Jarak penggunaan yang dekat.
  • Kawasan pembunuhan berkesan yang kecil.
  • Unsur penangguhan yang membenarkan lemparan selamat.
Bom tangan mempunyai bahagian utama seperti berikut:
  • Badan -- mengandungi pengisi dan dalam kebanyakan bom tangan juga mengandungi serpihan.
  • Pengisi -- bahan kimia atau letupan dalam bom tangan, yang menentukan kegunaan bom tangan dan ciri-cirinya.
  • Fius -- membolehkan bom tangan berfungsi dengan menyalakan atau meletupkan bahan pengisi.
Menggunakan Bom Tangan :

Bom tangan klassik mempunyai pemegang dan pin keselamatan boleh alih yang menghalang pemegang daripada tanggal. Selepas menyingkirkan pin keselamatan dan seterusnya melepaskan pemegang, bom tangan akan meletup dalam tempoh empat saat.

Apabila menggunakan bom tangan, matlamatnya adalah membiarkan bom tangan itu jatuh dengan tempoh yang singkat agar musuh tidak sempat melempar ia kembali.

Mula-mula anggarkan tempoh balingan untuk sampai kepada pihak musuh dan tolak tiga saat. Selepas itu bom tangan digenggam, termasuk pemegang, dalam tangan yang kuat. Kemudian pin keselamatan dicabut daripada bom tangan, lepaskan pemegang dan tunggu masa yang tidak diperlukan untuk balingan dan baling kepada sasaran.
Nota: Tentera Amerika Syarikat dan NATO moden tidak dilatih "melengahkan" bom tangan dengan cara ini, disebabkan bahaya letupan di tangan sekiranya tentera itu terganggu atau ditembak.

Salah satu kesilapan klassik adalah memegang bom tangan dalam tangan lemah, menarik pin dan kemudiannya melontar pin itu. (Kesilapan ini merupakan kemestian bagi karton kelakar mengenai perperangan.)

Satu lagi kesilapan klassik adalah kegagalan untuk menggenggam pemegang, dan menarik pin. Dalam kes ini, bom tangan mungkin meletup semasa mengira masa untuk melempar.

Langkah keselamatan asas adalah sentiasa melontar bom tangan dari kawasan terlindung. Dengan itu, sekiranya berlaku kesilapan, ia boleh dilontar keluar dengan cepat daripada kawasan perlindungan.

Apabila bom tangan diluar kawalan, jeritkan "grenad." Apabila bom tangan dijatuhkan kedalam kawasan tertutup seperti terowong, yang menjatuhkan bom tangan tersebut mesti menjerit "Fire in the hole!" untuk memberitahu rakannya bahawa letupan akan berlaku.

Bom tangan juga sering digunakan di lapangan bagi membina Jerangkap Samar. Konsep asas ialah menggunakan aksi sasaran (seperti membuka pintu, atau menghidupkan kereta) untuk meletupkan bom tangan. Jerangkap samar bom tangan mudah dibina di lapangan dengan menggunakan bahan yang ada. Bagaimanapun, ia menyumbang kepada masalah bahan letupan hidup (unexplonded Ordnance).



Rekabentuk Dan Operasi :

Lakaran di atas menunjukkan keratan rentas bahagian bom tangan dan fius bagi bom tangan sepihan - fragmentation grenade. Aksi asas seperti berikut:
  1. Pegang bom tangan dalam tangan melontar, ibu jari di atas tuil keselamatan, tarik keluar pin keselamatan (kuasa tarikan 10-35 paun).
  2. Apabila bom tangan dilontar (tuil keselamatan bebas), spring menolak keluar tuil keselamatan dan memutar penukul kepada sumbu primer.
  3. Sumbu mengandungi bahan menyerupai kepala mancis. Apabila dihentam oleh penukul, ia menyala dan membakar fius, atau jalur seruk ( powder train ). Fius terbakar pada kadar sekata, membekalkan masa providing a time delay (biasanya 4-5 saat). Apabila api fius sampai pada peletup atau pencucuh, ia memulakan aksi pada bahan pengisi.
  4. Peletup serupa dengan tutup peletup ( blasting cap ) kecil. Ia amat sensitif pada suhu, apabila fius menyalakannya, ia menyebabkan bom tangan meletup.
  5. Pencucuh adalah penutup yang terbakar dengan cepat. Ia pada asasnya membakar pengisi menyebabkan gas mengembang dengan pantas yang memecahkan bekas.
  6. Bom tangan serpihan yang ditunjukkan menggunakan peletup.

Bom tangan biasanya direka agar mudah dilempar. Sebagai contoh ia mempunyai berat 500 g (1 paun) dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan biasa boleh dilempar sejauh 25 hingga 35 meter oleh askar biasa. Ia menggunakan sebatian RDX, Komposisi B atau TNT sebagai bahan peletup.

Bom tangan nenas klassik, seperti bom mills, menggunakan ubat bedil dan kerangka besi tuang, yang menjadi serpihan sepanjang bahagian lemah yang disengajakan pada kerangka.

Bom tangan juga dibuat bagi membebaskan asap, gas pemedih mata ("CS"), dan cahaya. Pasukan khas menggunakan bom tangan "flash-bang" bagi mengelirukan manusia semasa memasuki bilik, tanpa bertujuan menyebabkan kecedaraan kekal.

Sesetengan bom tangan direka untuk jarak lebih jauh. Bom Tangan Pelecek Kentang mempunyai pemegang kayu panjang yang meningkatkan jarak pada lima puluh peratus. Ia diletupkan oleh pencucuh geseran di kepala, yang diaktifkan dengan menarik tali menembusi kayu berongga, dengan menarik gelung plastik kecil yang diikat pada tali yang dilekatkan pada pencucuh geseran, fius masa, dan peledak direka untuk meletup selepas tempoh masa. Ia sering disalah anggap sebagai mempunyai fius hentaman.

1 Komen:

mass Monday, 14 July, 2008  

teringin nak baling bom tangan ni...dulu join wataniah dpt pegang pin nye jerk....huwaaa...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP