14 June 2009

Lesen E & GDL (Bersendi)

Assalamualaikum..
Apa khabar semua?. Rasa-rasa dah lama kamezaim tak update dekat sini kan. hehe Terima kasih kamezaim ucapkan pada mereka yang tak pernah jemu untuk bertandang ke sini. Sesungguhnya kehadiran anda itu adalah suatu yang amat bererti buat diri kamezaim.

Aik, kenapa plak tetiba je ada gambar 'Prime Mover' dekat atas tu?. Apa kena mengena Prime Mover tu dengan entry kali ni??. hehe Sebenarnya, kamezaim dalam proses untuk memiliki Lesen E & GDL (Bersendi) yang membolehkan kamezaim untuk membawa jentera berat seperti di atas. Tidak salah kiranya kita tidak mempunyai kenderaan tersebut tapi kita mempunyai lesen untuk membawa kenderaan tersebut. Kerana Lesen itu adalah satu aset buat kita dan dalam sedar atau tidak ianya pasti akan berguna pada suatu masa yang kita tidak pernah menjangkakannya. Jadi, setelah kamezaim berfikir seperti itu, kamezaim mengambil keputusan untuk menambah lagi satu Kelas Lesen iaitu Lesen E. InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi mungkin kamezaim akan menambah lagi satu Kelas Lesen iaitu Lesen H.

Kamezaim sudah dapat Lesen Belajar Memandu Kelas E, dan sekarang sudah 3 kali belajar membawanya. Hehe Hari ini kamezaim ada QTI (Ujian Penilaian Memandu), alhamdulillah kamezaim lulus untuk ujian itu. Dan sekarang kamezaim menanti tarikh untuk ujian dengan JPJ pula. Hehe Doakanlah agar kamezaim berjaya dan lulus dalam ujian tersebut. Bila dah lulus ujian dengan JPJ itu, barulah kamezaim dapat Lesen E. Tapi ianya tidak berakhir di situ saja, kamezaim kena lah pula pergi untuk ujian GDL (Bersendi). Lesen E adalah lesen untuk membawa lori manakala GDL (Bersendi) adalah lesen/permit untuk membawa muatan seperti barangan. Bila ujian untuk GDL (Bersendi) sudah lulus, barulah kamezaim berkelayakan untuk membawa Prime Mover, itu kata pihak JPJ lah.. hehe

Kos untuk kamezaim mendapatkan Lesen E dan GDL (Bersendi) adalah RM 2,500.00. Mahal atau tidak, itu kamezaim tak tahulah. Yang penting kamezaim dapat apa yang di hajati. Jika gagal dalam sesi ujian dengan JPJ, untuk membuat sesi ujian ulangan haruslah membayar sebanyak RM 200.00. Harap-harap kamezaim lulus dalam ujian tersebut..

Jangan memandang rendah pada seorang yang bergelar pemandu lori terutama pemandu Prime Mover. Sepatutnya kita harus respect pada pemandu lori tersebut kerana dia berjaya memiliki Lesen E dan GDL (Bersendi). Untuk pengetahuan anda, bukan senang untuk memiliki Lesen E dan GDL tersebut. Setelah kamezaim melaluinya, barulah kamezaim tahu bahawa kesusahannya. Banyak yang harus di pelajari sebelum layak untuk memiliki lesen tersebut. Bagaimana cara untuk menaiki bukit dan tayar hadapan harus berhenti di tengah-tengah garisan kuning. Jika anda membawa kereta mungkin ianya mudah tapi ini tidak semudah kita membawa kereta. Selepas itu kena belajar bagaimana nak buat parking. Air-cond tak boleh buka, hanya Allah saja lah yang tahu macam mana panasnya. Baju seluar dah basah macam baru lepas terjun dalam sungai je.. hahaha Setakat kena maki hamun tu jangan cakaplah, seakan-akan berada di dalam kem tentera jugalah.. hehe Cuma tak kena tekan tubi atau lari keliling padang je lah.. hehe Tapi sedikit pun kamezaim tak terasa hati dengan jurulatih tersebut, malah kamezaim menghormatinya kerana kamezaim tahu bukan mudah atau senang bagi seseorang itu untuk memiliki Lesen E Bersendi. Lesen E bersama GDL (Bersendi) adalah lesen kepada segala bapak-bapak lori yang ada. Prime Mover mempunyai 3 kategori, iaitu ada yang 8 gear, ada yang 15 gear dan ada juga yang 18 gear. Tapi 18 gear rasanya belum ada di Malaysia.

Doakan kamezaim lulus dalam ujian tersebut ok..

doa

41 Komen:

Unknown Sunday, 14 June, 2009  

ila setuju..bukan senang nk dpt lesen tu...lesen motor pun jenuh nie lesen kenderaan bagak kan...

ina_aminuddin Sunday, 14 June, 2009  

aik nak jd driver lori petronas ker? Sri awad ader kosong... Hahahha... teringat kisah silam...

Kamezaim Sunday, 14 June, 2009  

ada lagi ke haji aswad tu... ekekekekeke

IxoR@ Monday, 15 June, 2009  

Semoga dear lulus ujian tu....

:D

Tirana Tuesday, 16 June, 2009  

Mudah-mudahan Kamezaim lulus ujian tu nanti.. Bila dah ada lesen boleh la saya tumpang naik trailer ye..hehehe

Kamezaim Tuesday, 16 June, 2009  

Thanks My All Darling...

Kiubrubik Tuesday, 16 June, 2009  

memang susah pun, kena bawak masa test mesti perfect tak macam bawak keta. abang aku pun pemandu lori bersendi, terer gila.

Idalara Wednesday, 17 June, 2009  

hi kamezaim..idalara doakan kamezaim berjaya..lulus dan dapat lesen..
bila dah berjaya jgn lupakan kengkawan pulak..idalara tahu gaji pemandu jentera berat mcm yg kame kata tu mng besar..sbb tu nak amik lesen pun mahal..

zihan Wednesday, 12 August, 2009  

da ambik da lesen E 150 GDL 166
semua RM 316 test bawak MAN Truck Water Browzer boleh tahan susah

Anonymous,  Wednesday, 06 January, 2010  

ye...klu nk bwk lori bersendi ni mmg agk mncabar...sbb dia ada 2 bahagian..1)kepala...2)ekor...aku ni pun dh dkt 10 taun kje bwk lori bersendi (xberlesen)...lori bersendi ni klu nk belajar dan mahir..mmg makan taun...ada yg ekor pendek..ekor panjang..ada yg single...double..triple axle..kesemua kategori tu lain cara bawak..lebih2 lagi klu nk parking....aku dh test sekali dgn jpj..pun xpast...sbb jpj pakai single axle...sedangkan aku bwk triple axle..xtau bila nk test lagi...doakan aku lulus...

Putra Bonda Tuesday, 05 July, 2011  

org cakap klu ada lesen lori berat bersendi ibarat macam ade ijazah (jgn ketawe),knape begitu..sbabnya gaji drebar sama mahal dgn gaji cikgu atau mngkin mahal lg brgantung atas trip,jgn fikir soal cerah ke mase depan kije drebar nih tp fkir gaji dlu hik3,tebal poket bohh hak3..tp ingat bkn senang nk dpt..kbnyakan kt intitut memandu lori single axle..mmg payah sikit nk msk ekor..adehh..ade stengah tu yg dh otai pun leh feel..tp ramai jgak yg koboi pakai lesen berat kejur trmasuk sy hahaha...

Anonymous,  Wednesday, 26 October, 2011  

senang jer bila dh pandai bawak brsendi ni.. tp aku mmg tkut kalau nk naik bkit atau turun bukit... kalau brg brat korang taulah.. hehehe

sudin,  Thursday, 10 November, 2011  

Slm semua...
Aku baru nak masuk ceramah untuk GDL bersendi.....
entahlah macamane....aku tak biasa bawa lori bersendi nie...
Rase2 kau orang aku bawa tak lori bersendi nie....

Anonymous,  Monday, 11 June, 2012  

Salam kamezaim. . . Hahaha, memang bukan senang nak dpt lesen E dan gdl(bersendi) ni, sedangkan saya ni 2 tahun kumpul duit baru dapat gdl bersendi. . . mmg best bwk treler kan? Tp penatnya tak boleh nak cakap. . . Kta kena jaga diri kta dan pemandu2 yg lain, yg penting klu bwk treler tu jgn pkr kta raja kat atas jalan raya, mesti brtolak ansur. . . Ye la, pemandu kereta ni tak tahan klu dah di blakang treler, maklumlah dorg x nmpk jalan dan lambat, kene2 lg kalu dah naik dan turun bukit kat bukit ular di sempadan daerah kunak dan lahad datu(kitorg gelar), peh gear turun sampai gear C, kalu trun plak? Sume kena pakai, engine brake pakai, brake treler kena pakai, brake kaki kena pakai, tu jer yg sy pesan jgn biar lori smpai abis angin!!!. . .InsyaAllah ada rezeki, sy nak ambil lg psv E untuk membolehkan sy bwk bas express. . .

Anonymous,  Sunday, 12 August, 2012  

boleh jadikan panduan pada yg telah post komen pengalaman masing2 kat sini. Insyaallah sy juga nk ambil lesen gdl sendi. bukan pe, sebenarnyer utk masa depan yg lebih baik gak. kalu bukan kiter sendiri yg usaha perbaiki masa depan kiter, siapa lg kan?.. mudah2an kiter boleh dapat apa yg kiter hajatkan...

Unknown Tuesday, 19 February, 2013  

saya dh lepas ambil lesen GDL bersendi ne,skrg sy berkhidmat d KONSURTIUM LOGISTIK BERHAD,sbg pemandu prime mover..tp sy di zon 1,main PORT KLANG shj..pg WESTPORT,NORTHPORT ngn msuk depoh..huu mmg mncabar,mata nk kena peka je,mklumlah,jln port klng ne,mmg jalan lori...mula2 rse tkot,tp bila dh pegang stereng,hilang rse gugup ne..

Unknown Tuesday, 19 February, 2013  

sy dh lepas amek lesen GDL BERSENDI tu,skrg sy berkhidmat di KONSURTIUM LOGISTIK BERHAD,sbg PEMANDU PRIME MOVER,alhmdllh,skrg msih dlm latihan,xde pnglaman pn bwk lori ne,umur pn bru 25thn,tp mmg mncabar keje dia,mata nk kena slalu peka,otak nk kena sntiasa beringat...hmm,tau jela jalan PORT KLANG ne,sy pn main WESTPORT,NORTHPORT ngn masuk DEPOH je..

faizal puchong,  Monday, 15 July, 2013  

Mohd Nairouz Zainal, blh x bagi no h/p@fb..saya nak tanye tentang pengalaman bawak prime mover dan suasana keje kat port klang..saya lum ada pengalaman dan baru je abis buat QTI (ujian penilaian pemandu) utk lesen E Full ni dan tgh tunggu tarikh utk ujian JPJ..tq jika sudi berkongsi..

Anonymous,  Thursday, 06 February, 2014  

Salam semua.. sy bru nk daftar utk lesen klas E.. sy nk tnye,biasenye ade x kje part time bwk lori.?

Anonymous,  Monday, 26 May, 2014  

Market basic bp skg??

Unknown Monday, 26 May, 2014  

Basic bodo bodo bp skg..kr bru main e full sendi la..??? 3k dp tk???

jasni06,  Friday, 18 July, 2014  

Tumpang tanya, Lesen GDL ada tiga ketegori kn? 1. GDL utk 3000kgs kebwh, 2. GDL utk 7500kgs dan yg ke 3. GDL utk bersendi'

nk tanya, utk yg no 2. GDL 7500kgs, berat muatannya melebihi 7500kgs atau muatannya 7500kgs kebwh?

mohoh pencerahan'
terima kasih.

Unknown Wednesday, 29 October, 2014  

Harga utk ambil lesen E bersendi berserta GDL bersendi berapa RM ???

Abg ghimau Saturday, 19 December, 2015  

Slm...n slmt pg smua...sronok nmpk crite psl nk amik lsen sendi ni

Abg ghimau Saturday, 19 December, 2015  

Slm...n slmt pg smua...sronok nmpk crite psl nk amik lsen sendi ni

nabilism Sunday, 27 December, 2015  

Saya baru nak amil lesen. Just for fun. Mohon doakan dipermudahkan.. Saja nak timba ilmu

zam penang Wednesday, 20 January, 2016  

Aku belajar lori...tak kena maki saja....nama pun belajar memandu.ajar dh la....ikut hati mau aku lanyak cikgu nie.....tapi sabar je....jgn ikutkan hati ......kena maki tu perkara biasa.......yg penting mentel mau kuat.....insyaallah.....

Unknown Tuesday, 04 October, 2016  

lesen e kejur
lesen e sendi


Unknown Tuesday, 04 October, 2016  

lesen e kejur
lesen e sendi


Unknown Tuesday, 04 October, 2016  

lesen e kejur
lesen e sendi


Unknown Tuesday, 04 October, 2016  

lesen e kejur
lesen e sendi


Unknown Saturday, 22 April, 2017  

sekejap je aku dah 9 tahun keje dalam bidang pemanduan ni. mula2 dapat lesen, cari keje lori treler kebanyakan majikan tak nak ambik sebab lesen baru. bila dipanggil interview kena menganjing pulak. akhirnya dapat gak keje. bawak lori empty, main kawasan north port ngan wesport. lepas dah pandai sikit tukar keje.. bawak kontena laden. lepas 3 tahun tukar pulak bawak lori minyak. masa ni dah rasa bangga sebab keje memandu lori minyak ni kena ada pengalaman. bila dah dapat rasa mcm org lama pulak dalam bidang ni hehe.. dan akhirnye tukar keje memandu tanker gas dan bertahan sampai sekarang. keje ni mudah dan cukup rehat. kebanyakan tripnye long distance. 1 semenanjung kita pusing tapi disediakan hostel atau pun hotel. bersyukur dapat keje ni. alhamdulillah..

Unknown Monday, 17 July, 2017  

susah tak bang bawak lori minyak?? pengalaman stakat ikut2 kawan je bwak lori treler tapi nk cuba bawak minyak boleh ke?

Unknown Tuesday, 22 August, 2017  

Nk tnye .. Cdl dgn gdl lain ke

Ketegaq Wednesday, 20 September, 2017  

Nk tnya ckit klau sya dh ada lesen efull kejur....nk ambik bersendi plak apa yg perlu sya buat first....

Ketegaq Wednesday, 20 September, 2017  

Nk tnya ckit klau sya dh ada lesen efull kejur....nk ambik bersendi plak apa yg perlu sya buat first....

Unknown Wednesday, 16 December, 2020  

Murah nye.. Kt mane buat lesen tu?

Hakim Monday, 04 October, 2021  

Salam kamezaim dan yang lain2..minggu depan sy baru nk masuk kelas teori ni..sy ambik sebab suka nk cuba bawak prime mover ni..sy xpernah pangsung sentuh lori ni..lori 1 tan pon x peenah..agak2 boleh lulus dengan jayanya x?

uddie unly Wednesday, 10 November, 2021  

Itu tahun 2009 bro lajada sekarang 2021 punya harga

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP