03 May 2008

Rejimen Gerak Khas (RGK)






JALAN TEGAP GAGAH PERKASA
PANTAS CEKAP SETIAP MASA
UNTUK MEMBELA SERTA MENENTANG
REJIMEN GERAK KHAS PERGI BERJUANG

TENAGA KERJA SIANG DAN MALAM
DARI DESA DAN JUGA HUTAN
SEMANGAT PAHLAWAN MENYALA-NYALA
HANCUR LEBUR MUSUH DILAWAN

LAUT DARAT SERTA UDARA
RIBUT TAUFAN DIREMPUH JUA
SEMANGAT WAJA SEMAT DI DADA
BERE HIJAU KOMANDO KITA

DARI KOTA HINGGA KE DESA
GUNUNG LURAH DAN JUGA HUTAN RANJAU
TERSUSUN MENIKAM DADA REJIMEN
GERAK KHAS TETAP MARA




Motto Rejimen
Cepat Dan Cergas

Lambang Rejimen

Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota resimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.

Beret Hijau


Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.


Lanyard Biru

Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.

Grup Gerak Khas bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan kelengkapan menjalankan gerakan khas termasuk gerakan payung terjun dan gerakan perairan. Gerakan ini boleh dilaksanakan secara bersendirian, bersama atau bekerjasama dengan pasukan tetap yang lain di dalam kawasan musuh.


Rejimen Gerak Khas

Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.

LATIHAN


Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3.Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa.Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu,sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang.Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam.Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat.Biasanya,50 peratus anggota akan berjaya mengharungi kursus ini sehigga tamat.Contohnya kursus siri AK/3/2006. 180 anggota diterima menyertai kursus ini setelah lulus orientasi selama 30 hari di Markas 21 GGK.Akhirnya 90 anggota berjaya menamatkan kelima-lima fasa dengan jayanya pada 24 Februari 2007,bermula pada 2 Disember 2006.
Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu,pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai apakah mereka layak menyertai kursus tersebut.Oleh itu mereka diuji dengan keras.

FASA 1: KEM (5 minggu)


Setelah berjaya diorientasi barulah mereka boleh menyertai kursus.Objektif peringkat permulaan ini untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota.Antara latihannya seperti abseiling,senjata,bahan letupan,perubatan dan sebagainya.Pada permulaan peringkat ini, pelatih akan berlari sejauh 76 km, seterusnya 76 km lagi pada waktu malam.Pertengahan pula jalan lasak 25 km.Di akhir peringkat ini pelatih harus keluar dari Kem Sg. Udang memandu arah sejauh 138 km tanpa henti.

FASA 2: HUTAN (2 minggu)

Latihan di perngkat ini seperti ikhtiar hidup,peperangan hutan dan sebagainya. Pelatih juga dilatih memandu arah sejauh 90 km.Di akhir peringkat ini mereka juga akan berjalan sejauh 160 km dalam masa 3 hari.Biasanya, aktiviti inilah yang paling ramai pelatih gagal kerana menyerah dan tidak mampu bertahan lagi berjalan sejauh itu.

FASA 3: PAYA (1 minggu)


Walaupun hanya seminggu dan tiada apa-apa aktiviti fizikal di peringkat ini,tetapi mereka terpaksa bertahan untuk terus hidup dengan hanya berbekalkan seluar dalam, sebilah parang,beberapa batang mancis dan tiada langsung bekalan makanan diberi.Latihan lain ialah ikhtiar hidup,peperangan di paya dan sebagainya.

FASA 4: LAUT (2 minggu)


Latihan di perngkat ini seperti serangan pantas,menyelam di dasar laut,sabotaj dan sebagainya.Pelatih juga dikehendaki berdayung dengan kanu todak sejauh 20 km.Selain itu pandu arah laut 10 km dengan kanu yang sama.Setiap anggota komando WAJIB mahir dan pakar dalam tiga dimensi peperangan iaitu laut,darat dan udara.

FASA 5: LATIHAN PENAMAT (2 minggu)


Sekarang tibalah masa untuk pelatih mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dan diharungi pada peringkat sebelumnya.Peringkat inilah merupakan ujian sebenar pelatih. Permulaan ujian mereka terpaksa berdayung sejauh 100 km menuju ke kawasan operasi.Tiba di sana,mereka perlu mencari dan mengenalpasti lokasi kawasan musuh,mengatur gerak dan seterusnya melancarkan serangan ke kawasan itu.Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai,mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh yang cuba memusnahkan mereka.Dalam pelarian ini,mereka juga perlu mengelak dari ditangkap.Inilah yang dinamakan escape & evasion.Jikalau ditangkap,mereka akan diseksa sebenar-benarnya.Jarak pelarian ini sejauh 240 km!!!Untuk mengelak dari ditangkap,mereka tidah boleh leka atau tidur sepanjang E&E itu.Masa yang diambil kira-kira 5 hari untuk menamatkan jarak sejauh itu.Bayangkalah keperitan yang mereka alami.Maka layaklah mereka digelar KOMANDO,iaitu manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi
Segala ujian yang mereka harungi ini tak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa.Saya sendiri bagaikan tak percaya apa yang mereka buat.Jumlah keseluruhan perjalan mereka sejauh lebih 900 km.
Mereka akan diberi rehat seminggu selepas itu sebelum hari penganugerahan beret. Anggota yang berjaya akan membuat satu demonstrasi serangan pantai keatas kubu musuh yang berada hampir dengan gigi air kepada tetamu kehormat.

Penganugerahan


Mulanya anggota itu akan melutut dihadapan penganugerah.Topi celoreng yang dipakai akan dibuang manakala beret hijau akan disarungkan.Kemudian anggota akan mendepakan tangan kanannya sambil menggenggam untuk penganugerah mengikat lanyard biru.Akhir sekali anggota perlu berdiri semula untuk penganugerah menyarungkan pisau fairbairn & sykes yang sarungnya telah berada tersedia di dada kiri.Penganugerahan ini diberi terlebih dahulu kepada pegawai.

Diploma juga turut diberikan kepada anggota-anggota itu.



45 Komen:

PakMail Wednesday, 07 May, 2008  

saya pernah bertugas di PLPK pada tahun 1981-1990 sebagai kerani saja..tak masuk komando tetapi segala aktiviti harian komando kena ikut juga..

Unknown Sunday, 17 August, 2008  

Aku merupakan anak seorang Jurulatih Komando berpangkat Mejar, tinggal di Kem Sg Udang dari kecil 1980 hingga besar tahun 1994 sebelum berpindah ke Rejimen 11 RGK di Brinchang CH selama 3 tahun kemudian. Merupakan pengalaman paling indah,

Sudah lama aku tak dengar jeritan Para2 Komando berlari keliling kem selepas suboh dan terserempak 2 orang askar membuat kawalan tengah2 malam. Aku sentiasa mengikut ayahku bertinju di hangar PLPK, dan mencuri main di pantai mereka.

Kepada para Komando Grup Gerakhas. Anda wira kami!
Kepada yang mengenal ayah ku Mejar Daud Japar, ayahku senantiasa berbangga menjadi komando, benet GGK senantiasa ada di ruang tamu rumah!

Anonymous,  Saturday, 03 January, 2009  

Salam,
Saya banyak mengumpul gambar-gambar lama latihan RGK hasil dari koleksi arwah ayah saya Mj (B) Zainal Abidin amn. Insyaallah kalau ada kesempatan saya akan cuba untuk up load kan gambar2 itu. Cuma bagi melengkapkan usaha saya boleh tak saudara membantu mendapatkan senarai ahli commando (1965) yang pertama dari kem majidee. ini email saya 'azeem_zainal@yahoo.com'

Akhir sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada saudara atas usaha saudara membina laman bloq ini kerana ia nya dapat memberi kesedaran dan informasi kepada rakyat malaysia mengenai pasukan yang menjadi kebanggaan semua.

Anonymous,  Saturday, 04 April, 2009  

bukit mentago tanjung laboh
bangga sungguh bapakku komando

kem segenting kem sungai udang
kudrat dibanting agar tak kecundang

tuan lias cek ripin
latihan tak culas tinggi disiplin

zainal pay tuan minhat
tinggal yang dikasih curah keringat

new zealand tujuh puluh satu
ketepikan kepentingan arahan digenggam padu

kemah helen(cameron highland) kole kubu(kuala kubu bharu)
aku tak heran itulah bapakku

z squadron quarter master
setiakawan dikendong akur pada ketua

tuan borhan hasbullah bond
sedikit cetusan sekadar bagi respond

AD3757 MK3904
bapakku komando pasti sentiasa kuingat

anie,  Thursday, 21 May, 2009  

Ass'kum...Tahniah buat saudara krn memberi info tentang komando..Alhamdulillah saya bersyukur & saya bangga dengan suami saya yang merupakan salah seorang komando..semangat pahlawanmu menjadi kebanggaan negara.

Anonymous,  Sunday, 28 June, 2009  

tahniah dan syabas kerana berjaya ujudkan blog gerakhas ini. usaha anda amat berbaloi agar rakyat malaysia faham dan tahu kehidupan sebenar seorang anggota komando.

irbmaz,  Sunday, 04 October, 2009  

Nama GGK kebanggaan sy. Bila sebut KOMANDO semua banyak mulut, tp bila sebut GGK, semua senyap. low profile,x ramai tahu. Saya harap semua anggota GGK tabah dalam menjalankan misi masing-masing. Andalah wira kami!

Anonymous,  Friday, 18 December, 2009  

wah susngguh gempak tradisi grup gerak khas.. dulu bapak saya pun seorang angota komando di kem sg udang. dia antara pasukan pertama yang mengangotai 11 rejiman.kire opening team la..banyk gambr ketika dia jd pengintip di bentong, sarawak & filiphine..kire rambut xpernah pendek laa.. banyk kenangan ketika membesar di kem sungai udang...kini kenangan tu kembali kerana sy juga telah mengangotai rejimen gerak khas dan juga berkhidmat di 11 rgk.. ikut jejak bapak....

Anonymous,  Sunday, 17 January, 2010  

Memang banyak anak anak warga komando yang menghargai dan mengenang jasa bapa bapa mereka sebagai pahlawan. Bagi kami yang membesar di Sg. Udang pasti teringkat betapa meriahnya hari jadi kor, Bukit Mentago, CRS (kira rumah sakitlah tu, Kem Bututu dan Pantai Butut, tak lupa kolam renang tempat saya mula mula belajar berenang dengan rakan2.

rientyco Monday, 25 January, 2010  

salam,saya pernah terbaca infi ttg GGK di majalah PERAJURIT di mana ada menceritakan tentang latihan asas komando iaitu tahap2 yg perlu dilalui oleh mereka yg ingin bergelar komando.saya dapati info tersebut agak berbeza dgn apa yg saya lihat di blog ini.di mana saudara dapat info tersebut? jika ianya dari sumber2 sahih tidak mengapa tetapi jika tidak pasti betul atau tidak diharap dpt diperbetulkan agar pembaca tidak terkeliru dgn pelbagai versi ttg latihan asas komando. sekian

Anonymous,  Monday, 03 January, 2011  

pasal saudara yg bertanya tentang latihan ini mmg bkn semua owng akan dapat menceritakan gambaran tepat..tapi hampir 90 peratus blog ni adalah benar tentang latihan yg di beri.sama juga majalah perajurit..

mohd hafiz Friday, 24 June, 2011  

yang pasti aku nak korang desak agar peraturan di kem 21 dan 22 kdo termasuk 10 para ikut macam peratutran kem 11 ggk!

mohd hafiz Friday, 24 June, 2011  

yang pasti aku tak puas hatikenapa kem 21 dan 22 kdo termasuk 10 para tak straight macam kem 11 kdo!

Anonymous,  Sunday, 02 October, 2011  

salam,aku merupakan salah seorang anggota komando apabila terbaca block ini hati aku mula teringat kisah kisah dulu sesungguhnya aku amat berbangga menjadi salah seorang warga komando,sesungguhnya memang susah untuk melupakan pengalaman hidup menjadi seorang anggota komando

Anonymous,  Friday, 28 October, 2011  

Sesungguhnya sy bersyukur bersuamikan seorg anggota komando ggk kem 11,, berdispiln tinggi malah berpegang teguh dgn agama, mrk la la wira,, smoga ggk maju da mara!

Che' Mail Para Monday, 02 January, 2012  

"Komando! Komando! Komando! Buat Teman Seperjuangan.. Selamat Tahun Baru... Saya bangga menjadi Perajurit Komando dari Tahun 1967 hingga tahun 1988.

Che' Mail Para Tuesday, 03 January, 2012  

Assalamualaikum... nape tidak ramai yg mengikuti blog ini war warkan supaya diketahui ramai sahabat GGk.

Anonymous,  Wednesday, 18 January, 2012  

assalamualaikum semua...saya nak tanya sikit...ada x komando yg datang dari KAGAT???kalau ada,kat mana tempat dan tugas2 mrk setelah bergelar komando??? n 1 lg,tenteng fasa latihan paya,adakah mmg kena pakai sluar dalam shj???x boleh ke pkai sluar pnjg sikit contohnye pakai sluar fit ke???atas dasar nk tutup aurat....tolong bg jawapan....

Kamezaim Thursday, 19 January, 2012  

Klu kena tahan dgn musuh, bkn setakat seluar dlm je tinggal, malah kulit pun kena siat...

Kamezaim Thursday, 19 January, 2012  

Comman & do... wlu dlm apa jua keadaan, dlm apa jua sekalipun, dpt arahan dn bertindak wlu skalipun terpaksa berbogel skalipun...

anuarkomando11.,  Saturday, 11 August, 2012  

Komando salam, sahabat komando, jasa dan kehebatan kita sentiasa menjadi buah mulut rakyat Malaysia walau sekelumit mana pun jasa kita, berpegang pada sumpah komando kerans Allah, komando, komando, komando itulah zikir harian kita. Komando wassalam.

Anonymous,  Sunday, 17 February, 2013  

Baca blog ni mengimbas kembali Kenangan di sg udang n kuala kubu

Anonymous,  Saturday, 16 March, 2013  

bapak ku seroang komando.AKu tinggal di kem s.udang dari tahun aku dilahirkan 1975~1984

Anonymous,  Friday, 22 March, 2013  

Saya pernah menghadiri kursus berkonsepkan ketenteraan sebagai syarat menyertai perkhidmatan awam. Apa yang nak saya smpaikan ialah rasa hormat saya pada anggota dan pegawai tentera. Kursus tersebut hanya seminggu dan saya dimaklumkan apa yang kami lalui tak sampai 5% dari apa yang dilalui oleh tentera, tapi bagi orang awam mcm saya sangat perit rasanya. Terdetik di hati saya rasa kagum yang amat sangat kepada pengorbanan anggota tentera ini yang melalui pelbagai cabaran untuk memastikan rakyat negara ini hidup aman damai dan dapat menjalankan urusan masing2. Pengorbanan kalian amat2 saya sanjungi. Tiada kata dan perbuatan yang dapat menggambarkan penghargaan saya pada kalian. Disaat orang lain tidur lena bersama keluarga, kalian duduk di perbatasan menjaga keselamatan. Semoga Allah sentiasa melindungi kalin semua.

Anonymous,  Thursday, 11 April, 2013  

saya bangga jd anak komando...

Anonymous,  Thursday, 11 April, 2013  

komando no1,,,

Anonymous,  Thursday, 16 May, 2013  

info yg bagus ! dari aku bercita2 nak jadi komando. tp bukan rezeki.. apa pun aku masih excited mcm dulu tiap2 kali baca info pasal komando malaysia. mereka sungguh determined! bukan senang nak pakai beret hijau tu weh.. walapun x dpt join, aku respek geng2 komando neh.

Anonymous,  Friday, 05 July, 2013  

Salam buat anggota komando semua....Berjuanglah engkau dengan penuh semangat keperwiraan...setitik darah akan dibayar dengan darah jua...komando..komando..komando..dari warga komando..

Anonymous,  Sunday, 15 September, 2013  

Tumpang bangga mempunyai seorg ayah perwira negara:)

Anonymous,  Wednesday, 26 February, 2014  

TEMPAT TERAKHIR AKU BERTUGAS DI MKEM PASIFIK JLN AMPANG KL SEKARANG NI DAH TAK ADA LAGI KEM ITU PINDAH KE ISKANDAR MERSING TEMPAT TERSEBUT JADI KUERTERS BANYAK KENANGAN AKU DISITU SAMADA KENANGA DALAM MGGK DAN JUGA KENAGAN " PERIBADI" SEBELUM MENEMATKAN PERKHIDMATAN

AIRBORNE PARA...AIRBOERNE PARA...

Anonymous,  Thursday, 17 April, 2014  

teringat kenangan lama aku ...hmm..

rqsalehudin,  Saturday, 20 September, 2014  

assalamualaikum dan semat petang kepada semua warga gerak (anggota Green Beret) sama ada yg masih berkhidmat atu yg telah bersara juga bakal bersara. saya skot 1098--- ambil basic komando siri 3/1996. oc latih saya mej rosli,peg latih saya kapt fadzil & kapt zubir. KSMJ PW2 zakaria,RQ pw2 ismail,ssjn ismail,JL ssjn sulaiman,ssjn jamil,ssjn abu nipah,ssjn adenan,ssjn kamarudin,kpl roslan,lkpl senin. basic komando perit getir sentiasa dalam ingatan tetapi manis nya apabila seseoarang anggota itu tamat dan lulus terus menjadi warga gerakhas. erti comando (coman) (ando) penuh makna iaitu perintah dan buat. pegawai dan LLP dalam komando bertugas satu bumbung berat sama dipikul ringan sama dijenjeng /tidal sebantal minpi yg sama ada didalam komando. kursus dalam komando tidak ada menbezakan kursus.tiada kursus yang diasing dalam komando. gaya komando sebenar biasa saja tidak memunjuk-munjuk aku lah pegawai aku lah komando. pengalaman dlm formasi gerak khas dalam ingatan dan segar. saya bertugas di 21 SSD pada tahun 1996 hingga 2006. kekal kan gaya komando. komando tetap unggul. kepada yg menbaca atu mengenali saya boleh berhubung FB saya.

Anonymous,  Sunday, 05 October, 2014  

Boleh x klo askar wataniah atau palapes nk amik kursus komando?

Unknown Sunday, 13 September, 2015  

Boleh je aply je di kem wataniah anda....

Unknown Friday, 14 October, 2016  

can u give me some opinion, how i need to find out the information about RGK exclude google...i need to know a proper thing such as sejarah latarbelakang,loga dan penerangan, organisasi terkini dan unit2, penglibatan dalam dan luar dan jasa2... i really really need those thing.. i hope u can help me to figure out this problem

Unknown Monday, 27 August, 2018  

Assalamualaikum semua trima kasih sbb share tntang latihan asas komando semakin bertambah keingginan untuk menjadi pejuang negara...cita2 memag dari kecik nak jadi askar pangkat komando maklumlah dari kecik sampai besar bapa saya asyik buka cerita perang je yg paling best komando la doakan saya agar dapat menjadi seorang pejuang negara. Hidup Komando... Komando.....Komando....Komando

Unknown Monday, 27 August, 2018  

Assalamualaikum semua trima kasih sbb share tntang latihan asas komando semakin bertambah keingginan untuk menjadi pejuang negara...cita2 memag dari kecik nak jadi askar pangkat komando maklumlah dari kecik sampai besar bapa saya asyik buka cerita perang je yg paling best komando la doakan saya agar dapat menjadi seorang pejuang negara. Hidup Komando... Komando.....Komando....Komando

Unknown Wednesday, 17 October, 2018  

Hasrat dihati ingin menjadi seorang anggota komando tapi apakan daya faktor kesihatan tidak mengizinkan untuk menjadi seorang perajurit.Hanya doa dapat kukirimkan agar semua anggota ATM kita dapat berjuang untuk mempertahankan Agama Bangsa Dan Negara.Kadangkala rasa sedih ada didalam hati apabila mengetahui ramai anak muda dan generasi sekarang tidak mempedulikan perjuangan wira wira tetdahulu utk mempertahankan tanah air.Jika tidak kerana mereka yg terdahulu ..Maka tidaklah kita merasakan kesenangan dan kebahagiaan pada hari ini.Semoga Allah melimpahi seluruh perajurit kita samada yg masih hidup mahupun telah pergi meninggalkan kita.Hidup Komando.
#DatangMu Tak Diundang Jika Ragu Sila Pulang

Unknown Friday, 25 January, 2019  

Pernah ambil basic course siri 2/87. Gagal. Allah SWT x izinkan. Ingat lg Sjn Peman Sjn Rasimi Sjn Jonas Kapt Hairul semua tu JL. La ni jd guru sek rendah kat Dungun, Terengganu. Kenangan x blh lupakan

Fyra Farisya Wednesday, 06 February, 2019  

Bf sy sedang menjalani latihan asas komando siri AK/1 2019, walaupun sy org awam tp sy suka buat research psl ketenteraan dan psl kursus komando.. Bkn sng nk jd senang, cik abg sy cerita masa orientasi phn ramai yg gagal peringkat ujian berenang dgn kedalaman 10meter.. Alhamdulillah syukur dia berjaya melepasi semua halangan ketika orientasi, doakan dia berjaya melepasi semua latihan dari fasa 1 hgga ke fasa 5 aminn.. Walaupun 3 bulan tak dot nk berhubung dgn dia 😩 Respect semua anggota komando 💪🏻

pendosa Friday, 20 March, 2020  

salam kepada komando sekalian.... alhamdulillah... syukur kepada allah kerana telah memilih kalian untuk menjadi benteng paling teguh dan di geruni di malaysia.semoga allah memberi rahmat dan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada kalian...

pendosa Friday, 20 March, 2020  

dengan bismillah mula di kata
mengingat kebesaran allah yg mulia
kerana wajib telah ternyata
segala perbuatan haruslah di serta

panduan berjaya Saturday, 14 May, 2022  

Saya pernah bertugas di Terup Lateh Cawangan RIGGER PULPAK Pada 2007-2020.

Myrul Cr Thursday, 02 June, 2022  

salam..tuan kenal tak Pegawai Waran Hamzah bin Mohd Yunus

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP