30 May 2008

Sekadar Seorang Insan

Insan..
Apalah dosa ku sehingga diriku terbiar sebegini rupa,
Apakah salah dan silap ku hingga ku dihukum sekejam ini,
Di manakah perasaan mu sebagai seorang insan,
Tidakkah kau sedar bahawa kita hanya menumpang di dunia ini,
Suatu masanya nanti kita pasti kan pergi jua,
Meninggalkan segala yang kita miliki di dunia ini,
Sama ada harta mahupun insan yang tercinta..

Insan..
Lupakah kau pada yang maha Esa,
Lupakah kau pada Tuhan yang menciptakan dunia yang fana ini,
Ketahuilah hakikat ini,
Dari DIA kita datang dan kepada-NYA juga kita akan pulang,
Tak perlulah kau merasa bangga dengan apa yang kau miliki,
Cukuplah sekadar kau mengsyukuri dan menghargainya,
Kerana semua itu mampu hilang dalam sekelip mata,
Andai itu sudah kehendak dari-NYA..

Insan..
Ku juga manusia sepertimu,
Punya hati dan juga perasaan,
Yang mampu terguris dan terluka,
Punya impian dan harapan,
Punya kehendak dan kemahuan,
Punya akal dan fikiran,
Punya nafsu dan juga harga diri,
Sedarkah kau wahai insan..

Insan..
Kenapa kau menciptakan jurang diantara kita,
Kenapa kau membina tembok pemisah diantara kita,
Kenapa kau hanya memandang ku dari sudut matamu,
Kenapa kau tidak memandangku dari sudut hatimu,
Kenapa kau menilaiku dari sudut luaranku,
Kenapa kau tidak menilaiku dari sudut dalamanku,
Kenapa kau terlalu mudah menghukum insan sepertiku ini,
Tidakkah kau terfikir bahawa,
Insan sepertiku inilah yang akan menjadi payung mu,
Ketika kau memerlukan perlindungan..

Insan..
Ku redha dengan apa yang terjadi,
Ku terima dengan hati yang terbuka,
Ku anggap ianya satu dugaan buat hidupku ini,
Mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi,
Sesungguhnya aku hanyalah,
Sekadar seorang insan...

3 Komen:

intansabreena Tuesday, 03 June, 2008  

Salam kamezaim..nukilan2 yg saya baca kat blog ni menjurus ke arah kesedihan dan kekecewaan..kenapa?terlalu kecewa ya? bersabarlah..setiap yang meninggalkan kita pasti Allah akan gantikan dgn yg lebih baik..

Juezura Wednesday, 04 June, 2008  

Jangan terlalu berduka. Masih ada yang sayang kepada kita. Teruskan kehidupan dengan menjadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran.

kuIna Wednesday, 04 June, 2008  

sedih... syahdu.....

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP