13 July 2008

Singapura Mahu Beli 100 Pesawat Kalis Radar

WASHINGTON 8 Julai – Singapura menunjukkan minat untuk membeli sehingga 100 pesawat F-35 Joint Strike Fighter keluaran Lockheed Martin Corp untuk beberapa dekad akan datang, sekali gus menyamai pelan pertahanan udara Israel.

“Israel menyatakan mereka mahu membeli sehingga 100 pesawat. Singapura juga pada asasnya menyatakan perkara yang sama,” kata Ketua Program Pentagon, Mejar Jeneral Charles Davis.

Pembangunan F-35 yang merupakan pesawat kalis radar dibiayai bersama oleh Britain, Itali, Belanda, Turki, Kanada, Australia, Denmark dan Norway.

Amerika Syarikat (AS) pula merancang untuk membeli sejumlah 2,443 model F-35 termasuk 1,763 untuk Tentera Udara AS dan 680 untuk Marin dan Tentera Laut dengan kos dianggarkan AS$299 bilion (RM986.7 bilion).

Beratus-ratus pesawat model ini mungkin dijual ke seberang laut bagi menggantikan F-16s keluaran Lockheed dan F-18 keluaran Boeing.

Davis turut meramalkan Jepun akan secara rasmi meminta harga dan maklumat mengenai F-35 menjelang hujung tahun ini dalam prosesnya memilih pesawat pejuang generasi baru.

Jurucakap Lockheed Martin, Tom Jurkowsky berkata, program F-35 kini melalui “kemajuan teknikal memberangsangkan terutamanya dalam konteks pesawat paling kompleks pernah dibuat.”

Penerbangan ujian pertama bagi versi mendarat dan berlepas secara konvensional dilakukan pada 15 Disember 2006.

Antara pesaing utama model F-35 adalah Gripen keluaran Saab; Dassault Rafale; MiG-35; Sukhoi Su-35 dan Eurofighter Typhon keluaran konsortium syarikat Britain, Jerman, Itali dan Sepanyol.

Sumber Dari : Utusan Malaysia

Rasa-rasa korang lah kan,agak-agaknya sebab apa dan untuk apa Singapura beli 100 pesawat KALIS RADAR??

Marilah kita sama-sama fikirkannya.Tak kisahlah sama ada dari segi positif mahupun negatif.Tapi bagi kamezaim,tak salah kalau adakalanya kita berfikiran secara negatif.Kerana dengan berfikiran negatif ianya akan membuat kita lebih berhati-hati.Nasihat kamezaim kepada seluruh rakyat Malaysia,berwaspadalah dengan sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku.Bagi kamezaim,mencegah adalah lebih baik daripada mengubati...

3 Komen:

kuIna Monday, 14 July, 2008  

skrang yg tak kalis radar pun dok tembus ruang udara johor... tambh la kalis radar... sampai perlis leh tembus...

so... sistem radar kena lebih canggh la spaya tak kalis!

Akak Monday, 14 July, 2008  

Salam kamezaim...

Part2 pesawat pejuang ni tak tau nak komen apa tapi taulah yg Singapore nie equipment semua up to date!!

Nanti singgah blog akak amik award tau (ala2 academy award gitu!)

Kamezaim Monday, 14 July, 2008  

itulah pasal..jadi,kita sebagai rakyat malaysia kita harus berhati2 dan bersedia menerima sebarang kemungkinan...jangan alpa dalam keamanan yang telah sedia ada..tak mustahil kalau tetiba langit kita yang indah ini di hujani peluru perpandu..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP