28 August 2008

Kuutuskan Doa Buatmu..


Kasihku..
Maafkan aku andai apa yang ku coretkan ini akan melukakan hatimu
Tiada lagi tempat untuk ku mengadu dan merayu
Hatiku hancur lebur bagai debu yang ditiup angin
Harapan ku musnah sama sekali
Bila kutahu kenyataan ini..

Kasihku..
Termenung aku sendiri mengenangkan nasib diri
Nasib diri yang yang tak pernah putus dilanda derita
Diharap bahagia namun derita yang menjelma
Bagai mimpi yang tak pernah sudah..

Kasihku..
Ku ucapkan terima kasih kerana sudi mengundang ku ke majlis mu
Majlis yang amat bermakna buat hidupmu
Tidak kusangka intan yang ku puja selama ini hanyalah kaca berbisa
Tidak kusangka bunga yang selama ini ku jaga akhirnya dipetik oleh orang lain
Mengapa begitu cepat kau layu dalam jagaanku
Adakah ini balasanmu terhadapku
Terhadap seorang insan yang benar-benar menyintaimu..

Kasihku..
Tak inginku hadir ke majlismu itu
Tak sanggup ku melihat wajahmu bersama insan lain
Mahukah kau melihat airmataku mengalir ke bumi
Melihat musnahnya cinta yang dibina
Hilang lenyap bersama janji-janji manismu..

Kasihku..
Kuutuskan doa dan kiriman tulus ikhlas
Agar kau bahagia bersama pilihan hatimu
Cuma satu yang kupinta darimu
Jagalah hatinya sepertimana kau menjaga hatimu
Janganlah kau hancurkan hatinya sepertimana kau hancurkan hatiku
Jangan jadikan dia sebagai alat permainanmu
Kerana peritnya menahan derita
Hanya Allah yang maha mengetahuinya
Selamat pengantin baru kuucapkan padamu
Semoga bahagia ke anak cucu..



Noor Syahirah & Zulkifli
(20/08/2008)

0 Komen:

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP