17 August 2008

Ratapan Seorang Ayah..

Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah mencari rezeki dan kasihnya anak hanya ketika berada..

Assalamualaikum..
Salam kamezaim berikan pada mereka yang setia mengunjungi blog ini tanpa mengira masa dan keadaan. Yang telah banyak memberi sokongan,komen yang berguna dan sebagainya. Kali ini kamezaim ukirkan satu entry mengenai kisah seorang yang bergelar ayah. Apa yang kamezaim akan ceritakan nanti semuanya adalah benar dan bukan hanya rekaan semata-mata. Kamezaim harap, ianya mampu menjadi pengajaran dan pedoman buat kita semua agar kita mampu mengenali apa itu erti kasih dan sayang. Andai ada yang terasa hati,maafkanlah kamezaim..

Di sebuah kampung, ada seorang insan tua yang termenung mengenangkan nasib diri. Mengenangkan nasib diri yang sunyi dan hanya bertemankan airmata. Usia sudah separuh abad, meratap hiba kepergian isteri tercinta. Walaupun kini ianya sudah mempunyai pengganti, namun ianya tidak seperti diharapkan. Di harap kasih, kasih tak kesampaian. Di harap bahagia, derita yang menjelma. Kalau dulu dia hidup bersama arwah isterinya selama 27 tahun di dalam suka mahupun duka, ditempuhnya bersama-sama tanpa kenal erti jemu dan bosan hingga mampu membesarkan anak-anaknya hingga besar dan malah sudah ada yang berumah tangga. Membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih dan sayang, bekerja siang dan malam tanpa mengenal erti letih dan penat. Mencari rezeki untuk terus hidup dan membesarkan anak-anak seperti anak-anak orang lain. Segalanya dilakukan demi memberikan yang terbaik buat anak-anaknya..

Kini dia sudah meningkat tua, tenaga sudah tidak seperti dulu lagi. Apa yang dia harapkan sekarang hanyalah bantuan kewangan dan kasih sayang dari anak-anaknya. Tapi apakan daya, dia terbiar sepi tanpa khabar berita dari anak-anaknya. Dia mempunyai 5 orang anak hasil dari perkongsian hidup dengan isterinya yang telahpun pergi dulu meninggalkannya. Anaknya yang pertama sudi menemaninya di kampung. Segala perasaan, suka mahupun duka, dia luahkan kepada anaknya yang ke-5. Kerana anaknya yang ke-5 masih setia berhubung dengannya. Sudi bertanya khabar biarpun mereka terpisah beratus-ratus kilometer. Tapi itu tidak menjadi penghalang, kerana pertalian antara anak dan ayah itu adalah yang paling penting dari segala-galanya. Lebih berharga dari nilai wang ringgit dan juga harta..

Ada juga dia menerima duit dari anaknya yang ke-4. Walaupun tidak seberapa namun dia tetap bersyukur dan menghargainya. Tapi dimanakah 2 lagi anaknya?. Hilang tanpa khabar berita, segala sms dan panggilan dari dia langsung tidak dilayan oleh anaknya. Dapatkah anda bayangkan betapa hancurnya hati dia apabila dia dilayan sebegitu rupa oleh anak-anaknya sendiri. Apa lagi yang mampu dia katakan, membesarkan anak-anaknya dengan penuh pengorbanan hidup tapi adakah ini balasan yang dia terima. Lalu, dia meluahkan segala isi hatinya kepada anaknya yang ke-5. Dia berkata pada anaknya ke-5, "kenapalah mereka buat macam ni pada abah, adakah mereka takut kalau-kalau abah minta duit. Masa kecil abah jaga dengan baik tapi bila dah besar, dah tak ingat dekat abah lagi. Abah masih ada lagi, mak saja yang dah pergi dulu..". Itulah sms yang diterima oleh anaknya ke-5. Anaknya yang ke-5 tak mampu berkata apa-apa pada saat itu, hanya membiarkan airmata mengalir membasahi pipinya. Terasa sayu dan kecewa dengan sikap kakak dan abangnya..

Benar kata orang tua-tua, kasihnya ibu membawa ke syurga. Kasihnya ayah mencari rezeki siang dan malam. Kasihnya anak hanya ketika berada..

Ayah, biarlah apapun yang terjadi. Sama ada hidup atau mati, aku tetap anakmu. Biarlah kalau mereka sudah tidak perlukan ayah lagi, tapi aku masih memerlukanmu. Aku perlukan kasih dan sayang darimu. Dulu,masa ibu masih ada, aku tak sempat membahagiakan dia hinggalah aku kehilangannya. Aku tak mampu memberikan yang terbaik buat ibu. Aku tahu, ibu dan ayah telah banyak berkorban untukku. Sabar membesarkan aku, cuba melakukan yang terbaik buatku. Cukuplah sekali aku menyesal kerana tidak mampu melakukan yang terbaik buat arwah ibu, aku tidak mahu ianya berulang lagi. Puas aku berendam airmata, menyesali dengan apa yang terjadi. Aku harap aku dapat membahagiakanmu ayah. Tanpa dirimu,siapalah aku. Tanpa pengorbananmu, tak mungkin aku berada dimana aku berada sekarang. Hanya kau ayahku, tiada 2 mahupun 3.. Kaulah ayahku yang satu...



Pada 2 september 2007 kau pergi meninggalkan aku
Sebelum beberapa hari untuk umat islam menyambut kedatangan bulan ramadhan
Kini bulan ramadhan bakal menjelma lagi
Biarpun sudah setahun kau pergi meninggalkan aku
Namun kau tetap di ingatan ku
Ku bangga menjadi anakmu
Ku bangga darah yang mengalir di tubuhku
Adalah sebahagian dari darahmu
Dan aku bangga aku dilahirkan dari rahimmu
Kaulah ibuku yang satu
Kaulah permata hatiku
Kaulah segala-galanya bagiku
Al - Fatihah buatmu ibu..

2 Komen:

Tirai Hidup Sunday, 17 August, 2008  

kisahmu x serupa kisah ku cuma perihal serupa sebab kau mengisahkan ibu bapa....

kisah ku lain dari kisah kau tapi keduanya masih ada....

nanti aku akan kisahkan!

Tirana Sunday, 17 August, 2008  

Salam..

Ayah dan ibu mampu menjaga anak-anak yang ramai tapi anak-anak yang ramai belum tentu dapat menjaga satu-satunya ayah dan ibu mereka di dunia ini. Kasihsayang ibu dan bapa tak dapat dinilai dengan wang ringgit dan segunung intan sekali pun kalau nak dihitung pengorbanan ibu dan bapa, tidak dapat disamakan nilaunya. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi anak yang sentiasa mengenang budi..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP