29 August 2008

Terima Kasih Azza..

Assalamualaikum..

Pertama sekali kamezaim ingin mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga setiap yang anda lakukan diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Masa tetap berlalu meninggalkan kita, usia juga makin meningkat. Semoga ketabahanlah yang akan mencorak hidup kita dari muda hingga ke tua nanti..

Kamezaim ingin memohon maaf kepada seorang insan yang sangat kamezaim sayangi. Sayang sebagai seorang kawan dan sebagai seorang insan terhadap insan yang lain. Kamezaim tersentuh hati apabila membaca setiap baris-baris ayat yang dia ukirkan khas buat kamezaim. Dia maksudkan bahawa kamezaim telahpun melupakan dia dan sudah tidak menziarahi ruang hatinya lagi tapi hakikatnya, walau sesaat sekalipun kamezaim tak pernah melupakan dia. Mungkin tugas seharian yang terpaksa kamezaim utamakan adalah sebab utama kamezaim tak sempat menziarahi blog-blog yang lain.

Insan yang kamezaim maksudkan adalah Azza. Seorang insan seperti kamezaim, mempunyai hati dan perasaan. Cuma yang berbeza hanyalah rupa paras dan fizikal. Mengukirkan segala isi hati di dalam sebuah blog. Meluahkan apa yang terpendam di sudut hati sama ada suka mahupun duka. Kamezaim terasa hati apabila Azza berkata sedemikian. Hancur lebur hati ini setiap kali mengingati kata-kata darinya. Apapun, kamezaim mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberi sekeping potret yang cukup bermakna ini buat kamezaim. Membawa seribu makna mahupun yang tersurat ataupun yang tersirat.

Terima kasih Azza..
Maafkanlah kamezaim..
Kamezaim terpaksa mengutamakan tugas dan tanggungjawab. Kamezaim berharap agar Azza akan mengerti semua ini. Semoga persahabatan kita akan kekal buat selama-lamanya.. Biar masa kan berganti masa, biar usia kan meningkat tua namun jangan biar persahabatan kita lenyap di telan arus masa...

1 Komen:

Anonymous,  Tuesday, 02 September, 2008  

salam subuh kamezaim..
ermm..apa nak ckp ya..
agaknya kita ni dah tersalah sangka..
azza sangkakan azza ada buat sstu hingga kamezaim dah tak sudi ke sedetikhati...dan skrg kamezaim yg terasa ati bila azza kata begitu. sebenarnya tak ada apa2...tuntutan tugas mmg perlu diutamakan..
jgn pk sgt..tak ada apa sbnrnya..
ikatan persahabatan ngn teman2 blogger amat bmakna...penghibur di kala sunyi...tkaseh atas persahabatan ini..

senyum2 sokmo deh...

azza baru balik dr kg..lum smpat nak update blog..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP