20 September 2008

Salam Aidil Fitri..



Salam ku beri tanda pembuka kata
Sebelum ku memulakan bicara
Maaf dipinta andai ada yang terluka
Sesungguhnya kita hanyalah insan biasa..

Tiada kata secantik bahasa
Yang termampu untuk aku ucapkan
Cukuplah sekadar ianya difahami
Sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat..

Hari demi hari kian silih berganti
Kini Aidil fitri menjelma lagi
Hari bahagia diraikan setahun sekali
Bersama ayah dan bonda tercinta..

Setelah pagi syawal menjelma
Ketika anda bersiap sedia menyambut hari yang mulia
Terfikirkah anda pada sebuah kenyataan ini
Kenyataan dimana ketika anda bergembira meraikannya
Terdapat insan lain yang bertugas siang dan malam
Tidak mengenal erti susah dan payah
Melupakan segala kepentingan diri
Demi memastikan keamanan negara
Dan keharmonian rakyat Malaysia..

Terfikirkah anda..
Tanyalah diri anda sendiri
Sejauh manakah keinsafan anda
Sejauh manakah kesyukuran anda
Pernahkan anda mengucapkan terima kasih
Kepada pejuang-pejuang yang terdahulu dan sekarang
Yang pernah berjuang bermati-matian
Demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta..

Adakah ianya telah dilupakan
Hanya kerana peredaran zaman yang kian pesat
Hidup dibuai kesenangan dan keamanan
Hingga lupa pada suatu ketika dahulu
Bahawa langit Malaysia pernah dihujani peluru
Rakyat Malaysia pernah menjadi pelarian di tanah sendiri
Lupakah anda pada semua itu...

Fikirkanlah wahai insan..



Dengan niat tulus dan ikhlas
Kami mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri

Salam Aidil Fitri dari :-


GGK Markas


GGK Pulpak


11 RGK, 22 CDO, 21 CDO

Kamezaim ingin memberi kad raya ini pada beberapa insan yang tak pernah jemu mengunjungi blog ini. Terima kasih kamezaim ucapkan kerana sudi memberi komen, semangat dan keyakinan untuk menjadikan blog ini masih berada dipersada bloggers. Semoga silaturrahim yang terbina ini akan berkekalan buat selama-lamanya..


10 Komen:

azza_irah Saturday, 20 September, 2008  

salam aidilfitri..
maaf salah n silap ..
tutur bicara mgkin terkasar..namun semua gurauan semata..

AzmaMurni Aziz Sunday, 21 September, 2008  

salam buat arjuna..
Qasih dah ambil kad raya tu cuma tak letak kat blog lagi. internet slow.. jangan la marah... sejak akhir2 ni arjuna garang sangat la dengan Qasih.. sampai hati...

chekgu Bani Hassim Sunday, 21 September, 2008  

hang ni ade bau-bau bacang ke ngn pasukan keselamatan negara??

Salam kenal ye...??

Akak Sunday, 21 September, 2008  

Salam Kamezaim...

Terima kasih untuk kad nie..

Selamat hari raya juga dari akak, mohon maaf andai ada salah & silap, samada yg disedari maupun tidak..

PakMail Sunday, 21 September, 2008  

salam.. terima kasih diatas ingatan ini.. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin

Eriyza Sunday, 21 September, 2008  

Tq Kamezaim. ;)

http://eriyzaqistina.blogspot.com/2008/09/kad-dan-duit-raya.html

Anonymous,  Sunday, 21 September, 2008  

tima kasih kamezaim.. salam aidilfitri juga dari rhea.. :)

Adry Sunday, 21 September, 2008  

Salam... tima kasih... salah dan silap harap dimaafkan yer..

Anonymous,  Monday, 22 September, 2008  

Salam aidilfitri,
sbnrya aq baru jer msk blog nih,dapat link dari adry,so x salahkan msk sini huhu..

http://www.afeazd.co.cc/2008/09/entry-kad-raya-afeazd.html

www.afeazd.co.cc

alisya_izzati Friday, 26 September, 2008  

maceh zaim...

selamat ari raya, maap zahir & batin

kalo ada gurau2 kasar tu, hanya sekadar gurauan ye...

salam...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP