26 October 2008

Airmata Sheila..

Dia termenung sambil tersenyum seorang diri, menantikan saat-saat bahagia yang dinantikannya selama ini. Lagi sebulan dia akan mendirikan rumah-tangga bersama Zul, jejaka pilihan hatinya. Sambil memakai baju kebaya dan berkain batik, dia merenung jauh di tengah sawah yang luas terbentang. Melihat burung-burung terbang bebas ke angkasa, menandakan hari kian senja. Burung-burung terbang kembali ke sarang, namun ibunya tak juga pulang. Hatinya menjadi risau memikirkan ibunya, kerana tak pernah ibunya pulang lewat macam ni. Tiba-tiba kedengaran bunyi telifon dari rumahnya, lalu dia bingkas bangun dan berlari menuju ke rumahnya. Dia mencapai ganggang telifon dan mendengar suara seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Ismail. Hati Sheila menjadi resah apabila disuruh bersabar oleh Sarjan Ismail, kemudian Sarjan Ismail memberitahu Sheila bahawa ibunya telah ditimpa kemalangan. Kira-kira 20 minit yang lalu. Sheila tidak dapat berkata apa-apa, lalu ganggang telifon yang dipegangnya jatuh ke lantai. Rasa lemah seluruh badan, kemudian dia bangun dan terus berlari ke rumah jirannya dan meminta jirannya untuk menghantarnya ke hospital.

Setibanya dia di hospital, dia mendapati ibunya masih dirawat di unit kecemasan. Dia meronta-ronta untuk masuk ke dalam bilik rawatan itu tapi dihalang oleh jururawat yang bertugas. Airmatanya mengalir tanpa disedari, apa yang berada di fikirannya ketika itu hanyalah ibunya sahaja. Dia terduduk di depan pintu bilik itu, lantas kisah silam kembali bertaut di fikirannya. Dia teringat suatu masa dulu, di mana dia kehilangan ayah dan juga adik-adiknya di dalam satu kemalangan. Dia tersedar dari ingatan itu setelah pintu bilik rawatan dihadapanya dibuka dan hadir seorang doktor menghampirinya. Dalam wajah yang tenang, doktor itu berkata "Cik, saya harap cik bersabar. Kami dah cuba sedaya-upaya untuk selamatkannya tapi ternyata, Allah lebih sayangkan dia dari kita. Maafkan kami..". Ketika itu, tiada apa yang dapat dikatakan oleh Sheila. Dunianya menjadi gelap gelita, rasa bagai tidak percaya apa yang terjadi pada ketika itu. Terlalu sukar untuk Sheila terima kenyataan ini. Tiba-tiba dirinya lemah tidak berdaya dan terus rebah ke lantai..

Tersedarnya Sheila dari pengsan dan dia terus memanggil ibunya. Dia terpinga-pinga dan hairan kenapa ramai orang kampung datang ke rumahnya. Ada yang menangis menahan sebak di dada, mungkin kerana sayu melihat Sheila yang seolah-olah lupa apa yang telah terjadi. Kemudian dia menangis kerana teringatkan kembali apa yang terjadi setelah dia terpandang satu jasad yang tidak bernyawa sambil ditutupi sehelai kain batik dan terbujur kaku di sebelahnya. Satu jasad yang selama ini sentiasa menemaninya, satu jasad yang selama ini telah banyak berkorban semata-mata untuk membesarkannya. Keluar pagi dan balik petang semata-mata untuk mencari punca rezeki demi meneruskan kehidupan ini. Dia tahu jasad dihadapanya itu adalah ibunya, ibu yang melahirkannya. Tiada apa lagi yang dapat dia lakukan ketika itu, melainkan hanya membiar airmata membasahi pipinya sambil meratapi kepergian ibunya yang tercinta. Dia membuka selendang yang menutupi wajah ibunya, terlihatlah satu wajah yang tenang dan tidak bernyawa. Terukir satu senyuman di dibibir ibunya, seolah-olah ibunya pergi dengan tenang tanpa sebarang kesakitan. Lalu Sheila mencium dahi ibunya, terasa sejuk sekali badan ibunya. Kemudian dia menutup kembali wajah ibunya dan terus berlari keluar dari rumah..

Dia menyendiri di satu sudut di kawasan rumahnya, kemudian bahunya di pegang oleh seseorang. Dia menoleh dan mendapati Zul sudah berada di belakangnya. Dia terus memeluk Zul dan sambil menangis. Dalam keadaan yang sayu Zul berkata "Sabarlah sayang, kita semua sayangkan dia tapi Allah lebih sayangkan dia dari kita. Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya dapat pergi dengan tenang. Abang tetap disisi sayang..". Airmata Sheila terus mengalir setelah mendengar kata-kata dari Zul itu. Dia terus memeluk Zul bagai tidak mahu dilepaskannya. Kemudian, laungan azan berkumandang di ruang udara kampung itu menandakan subuh sudah menjelma. Lalu, Zul melihat jam di tangannya yang menandakan sudah pukul 5:30 pagi. Dia terus membawa Sheila ke dalam rumah dan menenangkan Sheila dari terus menangis. Sheila masih tetap menangis dan masih teguh memeluk Zul seolah-olah tidak mahu berada jauh dari Zul. Sheila terlena di dalam pelukan Zul..

Matahari kian menjelma, memancar cahaya ke seluruh ruang di dalam rumah itu. Lalu Sheila dikejutkan oleh Zul dan meminta agar Sheila lekas mandi kerana sebentar lagi jenazah ibunya pula akan dimandikan. Kemudian Sheila berlari menuju ke bilik air, setelah selesai mandi dia merenung cermin yang berada di dalam bilik air itu. Dia terfikirkan apa yang akan terjadi kepada hidupnya selepas ini. Tanpa disedari, airmata mengalir membasahi pipinya sekali lagi. Dia terus mengesat airmatanya dan keluar dari bilik air dan terus berlari menuju biliknya. Tidak lama selepas itu, dia keluar dari biliknya dan menuju ke arah ibunya yang sedia untuk dimandikan. Jurumandi jenazah meminta agar Sheila bersama-sama memandikan jenazah ibunya. Sheila mengangguk kepalanua menandakan setuju. Dalam keadaan sayu melihatkan wajah ibunya, Sheila hampir-hampir menitiskan airmatanya namun dikawalnya agar tidak menjejaskan proses pemandian jenazah ibunya itu. Jurumandi jenazah tersebut meminta Sheila mengambil sebekas air dari baldi yang telah dicampurkan bahan-bahan untuk memandikan jenazah. Lalu disuruh mencurahkan air tersebut ke seluruh badan ibunya bermula dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki. Setelah selasai memandikan jenazah ibunya, lalu jenazah ibunya dibawa ke bilik untuk dikafankan. Sebelum selesai dikafankan, jurumandi tadi meminta agar Sheila mencium dan menatap wajah ibunya buat kali terakhir sebelum jurumandi tadi menutup muka ibunya. Dalam keadaan yang sayu, Sheila mencium dahi ibunya buat kali terakhir dan Sheila menyuruh jurumandi tersebut supaya menutup wajah ibunya menandakan dia redha dengan kepergian ibunya..

Kemudian, ibunya di sembahyangkan. Setelah selesai di sembahyangkan, jenazah ibunya diusung menuju ke perkarangan kubur. Langkah demi langkah Sheila terus melangkah, sambil tangannya dipimpin oleh Zul. Liang lahat sudah siap digali, kini menanti penghuninya pula. Dalam suasana yang pilu, jenazah ibunya dibawa turun ke dalam liang lahat. Badan jenazah dialihkan supaya menghadap ke arah kiblat dan diletakkan ketulan-ketulan tanah dibelakang badan jenazah agar kedudukan jenazah tidak berubah. Kemudian, Sheila merenung ibunya sepuas-puasnya sambil keranda ibunya ditutup oleh penutup keranda tersebut. Sikit demi sedikit tanah di turunkan ke dalam liang lahat, tanpa disedari airmata Sheila mengalir ke pipi dan terus jatuh ke bumi. Sheila ditenangkan oleh zul dan lantas Zul berkata "Sabarlah sayang, tak baik kita menangis meratapi kepergiannya. Kita harus redha pada ketentuan yang maha Esa. Dari Dia kita datang dan kepadanya jua kita kan pulang, sayang.". Setelah liang lahat ditutup rapi dengan tanah, imam masjid kampung tersebut mula membacakan talkin. Setiap sudut pusara ibunya dipenuhi penduduk kampung yang turut membacakan talkin termasuklah Sheila. Di saat surah talkin dibacakan, keadaan menjadi sayu dan menambahkan lagi sebak di dada Sheila. Zul memerhatikan raut wajah Sheila yang penuh dengan kesayuan. Kali ini Zul membiarkan saja airmata Sheila mengalir sebagai mengiringi kepergiaan ibunya yang tercinta. Tiada apa lagi yang termampu untuk Zul lakukan, melainkan hanya mampu berdoa agar roh ibu Sheila selamat pergi menghadap yang maha Esa. Tanpa di sedari, Zul juga mengalirkan airmata..

Setelah selesai surah talkin dibacakan, penduduk kampung kian beransur meninggalkan perkarangan kubur tersebut. Cuma yang tinggal hanyalah Sheila dan Zul yang masih berada di tepi pusara ibunya itu. Lalu Sheila berkata, " Abang, pergilah balik rumah sayang. Tinggalkan sayang seorang diri di sini..". Zul tidak mampu berkata apa-apa lagi, lalu di bangun dan berlalu dari situ. Sebelum dia berlalu, dia sempat berkata pada Sheila "Sayang, walau apapun yang terjadi, abang tetap sayangkan sayang. Abang akan sentiada berada di sisi sayang..". Sheila memerhati Zul yang kian jauh meninggalkan dia..


Bersambung..

8 Komen:

Mrs. ORENSEED Monday, 27 October, 2008  

adakah saudara kamezaim boleh jadi seperti lelaki itu?

Kamezaim Monday, 27 October, 2008  

ermmm...no komen..hehe

azza_irah Monday, 27 October, 2008  

menanti kisah seterusnya...

Kamezaim Monday, 27 October, 2008  

sabar azza...terima kasih kerana sudi menanti episod seterusnya..hehe best ke cerita ni?

azza_irah Monday, 27 October, 2008  

kamezaim karang sndiri..?

azza tggu kesudahannya..

Tirana Monday, 27 October, 2008  

Kisah ini mengingatkan saya tentang sesuatu...

Kamezaim Monday, 27 October, 2008  

kepada Tirana : Mengingatkan apa tu?ceritalah sikit..hehe

Kepada Azza : Kamezaim karang sendiri..knp?tahulah kamezaim tak sehebat aisya sofea..wuargh..wuargh..

Eiba Wednesday, 29 October, 2008  

Citer sendiri??? Saya tak sabar nak tunggu kesudahan citer ini...Sedih, bermakna dan mendalam...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP