23 October 2008

Samad (Lefthanded) Dalam Kenangan..

Abdul Samad Mean
26 September 1963 - 23 Oktober 2008

Assalamualaikum..
Tanggal 23 Oktober 2008, seluruh persada muzik tanah air menjadi suram kerana kehilangan lagi seorang pemain gitar yang pernah menggegar persada muzik tanah air pada era 80'an iaitu Abdul Samad Mean atau lebih dikenali sebagai Samad Lefthanded. Abdul Samad Mean dilahirkan pada 26 September 1963 dan kini berusia 45 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira pukul 1:30 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Ulu Kelang, Selangor. Allahyarham pernah menganggotai kumpulan lagenda rock iaitu Lefthanded. Allahyarham bersama kumpulan lefthanded sejak awal penubuhan kumpulan tersebut iaitu pada tahun 1985.

Semoga roh beliau ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman. Biarpun kini beliau sudah tiada lagi, namun petikan gitar beliau tetap diingati dan sentiasa berkumandang di radio-radio tempatan hingga kini dan mungkin selama-lamanya. Hanya peminat setianya sahaja yang akan dapat membezakan yang mana satu petikan gitar oleh Allahyarham Abdul Samad Mean atau saudara Man Kidal..




Al - Fatihah buat Allahyarham Abdul Samad Mean..

6 Komen:

Tirana Thursday, 23 October, 2008  

Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Adry Friday, 24 October, 2008  

innalillah... dari DIA kita datang kepada DIA juga kita akan pergi...

Adry @ http://www.adrysabry.com

razlyen78 Friday, 24 October, 2008  

Betul.... yang pergi tetap pergi yang hidup inilah penyambungnya..... Al Fatihah buat arwah....

Letting the time pass me by Friday, 24 October, 2008  

Al-Fatihah buat bro Samad…

One of the more underated guitarist… I believe his playing technique is awesome…
http://www.youtube.com/watch?v=p-SaXAuQrDc

Letting the time pass me by Friday, 24 October, 2008  

Al-Fatihah buat bro Samad…

One of the more underated guitarist… I believe his playing technique is awesome…
http://www.youtube.com/watch?v=p-SaXAuQrDc

Anonymous,  Friday, 24 October, 2008  

Kita kehilangan salah seorang lagendry guitarist yang terkenal di tanah air. Petikan guitar beliau sungguh mengasyikan dan menjadi ikutan ramai guitaris rock di ketika ini. Nama Samad ada lah sebaris dgn guitarist handalan di dunia.

Semoga roh beliau di cucuri rahmat. Al- Fatihah.

sadzalihasnan@bruneitimes.com.bn

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP