17 October 2008

Nur Husna Zulaikha..

Assalamualaikum..
Hari ni dah pun 17 Syawal. Tidak lama lagi Zulkaedah pula akan menjelma. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita, rasa macam baru semalam je hari raya..hehe Amboi, kamezaim ni nak beraya sampai setahun ke...hehehe

Alamak, dah lari topik la plak..hehe Sebenarnya, kamezaim pun tak tahu kenapa kamezaim nak tulis semua ni, mungkin kerana kamezaim terlalu rindu pada budak comel dekat atas tu kot.. Ye, memang kamezaim rindukan dia. Rindukan suara dia, rindukan tangisan dia dan rindukan kenakalan dia..hehe Ntah bilalah agaknya kamezaim dapat jumpa dia. Dah la raya hari tu kamezaim tak dapat nak beraya dengan dia, mesti dia pun rindukan kamezaim agaknya..hehe Mesti sekarang dia dah besar kan.. Dah boleh berlari kesana-sini. Kalau dulu, setiap pagi dia mesti kejutkan kamezaim dari tidur. Sedar je kamezaim dari tidur, dia dah ada atas perut kamezaim..hehe Suka korek pusat orang..hahaha Nakal betul dia...hehe

Apapun, kamezaim harap dia sihat dan bahagia di samping ibu dia di sana. Mungkin raya haji ni kamezaim balik kot..hehe Itupun kalau dapat cuti lerr...

1 Komen:

Adry Saturday, 18 October, 2008  

huhu... sabar k... insyaAllah nanti jumpa la tu..

Adry @ http://www.adrysabry.com

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP