02 October 2008

Warkah Buat Su..


Su..
Ingin ku ukirkan disini sebuah ukiran jiwa
Khas buat tatapanmu disana
Ku ingin memohon maaf andai
Apa yang ingin ku luahkan ini
Akan melukakan hati dan perasaanmu..

Su..
Sekian lama ku menyimpan sebuah kenyataan ini
Kini, kenyataan itu tidak mampu ku bendung lagi
Makin cuba ku sembunyikannya
Makin tak tertahan hati menanggung derita
Biarlah aku berterus terang demi sebuah pengharapan
Pengharapan pada yang tak pasti..

Su..
Pernah suatu ketika dahulu
Aku ada menyatakan hasrat hatiku padamu
Namun apalah daya dan kudrat ini
Hatimu telahpun menjadi milik insan lain
Lalu, ku kuburkan segala impian dan harapanku
Dengan harapan agar kau bahagia disampingnya..

Su..
Kini ku tahu hatimu telahpun dilukai
Dilukai oleh insan yang selama ini kau harapkan
Kau meratap hiba mengenangkan cinta yang musnah
Cinta yang kau bina bersamanya hampir 6 tahun
Terlerai jua akhirnya..

Su..
Ku tahu hatimu terluka
Tapi apakan daya, sudah itu jalan yang kau pilih
Kau buang cintaku demi menyahut cintanya
Kau singkirkan aku jauh dari hatimu
Demi memberi ruang kepada cinta dia terhadap mu
Untuk bertakhta dihatimu..

Su..
Ketahuilah
Sungguhpun aku pernah kau kecewakan
Sungguhpun aku pernah kau lukakan
Namun kau tetap ku hajati
Untuk menerang kembali jalan hidupku
Yang telah sekian lama sunyi dari belaianmu..

Su..
Ku tahu akan kekurangan dirimu
Ku tahu kau tak seperti insan-insan yang lain
Mampu bergerak bebas ke mana saja
Tak perlulah kau menjadikan ianya sebagai jurang
Untuk memisahkan kita
Anggaplah apa yang terjadi ke atas dirimu
Sebagai satu dugaan hidup dari yang maha Esa
Bukan kau pinta lahir ke dunia untuk menjadi seperti itu
Aku tidak pernah menilai dirimu dari sudut luaranmu
Aku hanya menilaimu dari sudut hati dan perasaanmu
Janganlah mencipta jurang di antara kita
Hanya kerana kekurangan dirimu..

Su..
Andai terbukanya pintu hatimu terhadapku
Carilah aku dan hubungilah aku
Aku setia menanti dirimu
Aku rela menjadi pelindungmu
Terimalah warkah nan ikhlas ini
Khas buat tatapanmu suhaila..

0 Komen:

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP