20 October 2008

Warkah Buatmu Sayang..

Sayang..
Sungguh tidak ku sangka
Sekelip mata hatimu berubah
Kau musnahkan semua impianku
Kau hancurkan seluruh harapanku
Kau lukakan seluruh jiwa dan ragaku
Kau kecewakan hati dan perasaan ku..

Sayang..
Kenapa begitu cepat kau berubah laku
Kau buatku sepertiku tidak mempunyai harga diri
Kau ambil dan buang diriku sesuka hatimu
Apalah dosa ku terhadapmu sayang..

Sayang..
Salahkah aku untuk mengingati cinta pertama ku
Salahkah aku sekiranya aku menyimpan sedikit memori
Memori yang tak mungkin ku lupakan antara aku dan dia
Dialah cinta pertama ku
Dialah satu-satunya insan yang sudi bersama ku pada ketika itu
Sudi menerima diriku seadanya tanpa mengira jurang perbezaan
Memberi ku sedikit keyakinan untukku meneruskan kehidupan ini
Rela di hina, dipukul dan dihalau hanya kerana menyintai aku
Walau dia dihina dan dipukul, namun cintanya tidak pernah berubah
Dia beri sepenuh kasih dan sayang
Malah, dia tidak pernah berharap intan permata
Cuma apa yang diharapkan, hanyalah setitis kebahagiaan bersamaku..

Sayang..
Kini dia sudah tiada lagi di dunia ini
Dia pergi bersama harapan dan impian
Yang kami ciptakan selama ini
Disangka panas hingga ke petang
Rupa-rupanya mendung di tengah hari
Setiap yang mula pasti ada penghujungnya
Setiap yang hidup pasti kan mati jua
Itulah lumrahnya kehidupan ini..

Sayang..
Jangan jadikan ianya sebagai satu alasan
Untuk mengoncang hubungan kita
Kau tinggalkan aku kerana cemburu
Cemburu kerana aku sentiasa mengingatinya
Salahkah aku untuk terus mengingatinya
Salahkah aku untuk terus menyimpan kenangan itu
Sebagai satu kenangan yang terindah buat hidupku
Apalah yang ingin kau cemburukan lagi
Dia sudah tiada lagi di dunia ini..

Sayang..
Ku terima salam perpisahan ini dengan hati yang terbuka
Agar kau bahagia di atas keputusan yang kau buat ini
Dengan harapan tiada lagi hati yang terluka
Terluka kerana insan sepertiku ini
Seorang insan yang tidak dapat melupakan
Kisah cinta pertama yang terindah buat hidupnya
Biarlah aku terus bersama kenangan itu
Asalkan tiada lagi hati yang merana
Ku doakan kau bahagia di dunia mahupun di akhirat
Andai esok kau tersedar dari mimpi-mimpimu
Dan kau terfikir akan hati dan perasaanku
Usahlah kau mencari diriku lagi
Biarlah ku rawat sendiri luka di hati ini
Ku sambut salam perpisahan ini...

5 Komen:

Khaizarien Monday, 20 October, 2008  

kdg2 kita perlu buang kenangan yg lama demi menggapai kebahgiaan baru... hati siape xterasa bila yg didepan mata seperti bukan sesiapa dan seolah mengaharap yang lama kembali...

μάγά Monday, 20 October, 2008  

betul apa yg atie kata...
but depends on person juga...
sometimes ada org tu boleh kawal cemburu di hati...
even terhadap insan yg masih hidup... apatah lagi yg telah pergi... apa lah yg nak digaduhkan...
kalau cemburu terhadap yg hidup... boleh diterima...

but ada sesetengah org x dapat kawal cemburu di hati... even di tahu... perkara tersebut rasional untuk tidak dicemburui lebih besar dari cemburu... tp setiap insan punyai kelemahan dan kelebihan...

sungguh... ALLAH maha kuasa... tentu DIA lebih tau hikmah di sebalik tiap perkara...

Tirana Tuesday, 21 October, 2008  

Kenangan samada yang manis atau pahit, amat sukar untuk dilupakan tapi jangan jadikan kenangan itu sebagai penghalang untuk kita mencari kebahagiaan di masa depan. Yang berlalu kita lipat kemas-kemas dan simpan elok-elok di sudut hati. Kebahagian masih ada buat kita andainya kita tidak berputus asa untuk mencarinya...

Anonymous,  Saturday, 25 October, 2008  

Adakah ini belaku pada diri anda??

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP