16 November 2008

Pengumuman Terkini!

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama kamezaim tak tulis apa-apa dalam blog ni kan..hehe Sejak dua menjak ni kamezaim busy sikit. Kamezaim harap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Sebenarnya tujuan kamezaim menulis kali ini bukan apa, cuma untuk memberitahu pada pelawat-pelawat yang dihormati bahawa kamezaim ada lagi satu rumah tempat kamezaim berteduh seketika..hehe Rumah yang kamezaim maksudkan adalah blog. Kamezaim ada menciptakan lagi satu blog yang lebih menumpukan kepada ketenteraan. Kepada anggota-anggota tentera atau sesiapa juga, silalah berkunjung ke blog kamezaim yang lagi satu. Sebenarnya blog itu masih lagi didalam pembinaan, masih ada kekurangan dan kamezaim berharap agar kamezaim mendapat sokongan dari anda untuk menjadikan blog itu lebih menarik dan berguna buat kita semua.

Tujuan kamezaim menciptakan blog itu adalah untuk dijadikan renungan buat kita semua. Agar sesetengah rakyat Malaysia yang alpa dalam keamanan dan kemewahan hidup hingga lupa pada mereka yang bertugas demi memastikan keamanan negara. Agar mereka tahu bagaimana pahit getir yang ditempuh oleh seorang insan bergelar komando. Dengan harapan, kita mampu berdiri sama tinggi dan kita duduk biarlah sama rendah..

Alamat rumah kamezaim yang lagi satu adalah kamezaim . Kehadiran anda amatlah dihargai.

Terima kasih

*Tapi rumah kamezaim yang ini jangan dilupa pula ye.. hehe

0 Komen:

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP