23 November 2008

Mati Dibaham Harimau Putih..



SINGAPURA: Zoo Singapura di Jalan Mandai di sini gempar apabila seorang pekerja rakyat Malaysia mati dipercayai dibaham harimau putih peliharaan zoo itu hari ini
Polis Singapura ketika dihubungi Bernama berkata Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan cedera di leher dan badannya.

Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari tadi mengenai kejadian itu dan terus berkejar ke zoo berkenaan.
Paramedik yang turut dikejarkan ke sana mengesahkan Nordin meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari.

Polis bagaiamanapun tidak pasti dari negeri mana di Malaysia Nordin berasal.
Laporan awal mendapati dia dipercayai diserang oleh tiga ekor harimau putih apabila masuk ke dalam kandang pameran haiwan itu.
Para penjaga zoo yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Nordin dengan mengalihkan perhatian harimau-harimau itu.

Sumber Artikel : Bernama

4 Komen:

Tirana Sunday, 23 November, 2008  

Cintailah seseorang kerana Allah bukan kerana rupa paras, pangkat, keturunan atau kekayaan kerana semua itu tak akan kekal. Kita manusia walaupun sempurna di mata kasar tetapi tetap ada kelemahannya juga. Begitu juga dengan orang yang kurang sempurna di mata kasar, kadang-kadang ada kelebihan mereka yang tersendiri. Tiada manusia yang sempurna sebenarnya.. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang harus kita hormati kerana itu anugerah Allah kepada kita yang harus disyukuri.

Kamezaim Sunday, 23 November, 2008  

alamak.. apa kena mengena dgn harimau putih ni plak tirana?hehehe apapun,kamezaim ucapkan terima kasih di atas komen itu..hehe

Tirana Sunday, 23 November, 2008  

Hehehe..silap bagi komen ek..Saya nak bagi komen pasal namun kau punya hati tu..sorry ek..silap.

@e_da Sunday, 23 November, 2008  

takutnya.. bagaimana la nordin ktika itu kan.. tak dpt dibayangkan... ajalnya sudah sampai..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP