24 January 2009

Cukuplah Sekadar Kau Memahami..

Aku terasing dalam mimpi sendiri
Seperti aku terasing di bumi sendiri
Senyuman terukir tiada bermakna
Menghitung hari dengan debaran di hati..

Kerana kesilapan mereka aku menjadi mangsa
Hidup menderita sepanjang hayat yang ada
Menghabiskan sisa-sisa hidup yang masih tertinggal
Sebelum melangkah pulang bertemu yang maha Esa..

Aku hanya insan kerdil serba tiada
Menumpang di suatu sudut dunia
Mencari ketenangan hidup yang abadi
Terpinggir jauh dari sanak dan saudara
Apakan daya dan kudrat ku ini
Untuk melawan takdir yang sudah tertulis..

Bukan aku menagih simpati mahupun belas kasihan
Cukuplah sekadar kau mengerti dan memahami
Bahawa aku jua punya hati dan perasaan..

Jauhilah dadah, kerana dadah hidup kita kan menderita
Keseronokan hanya seketika tapi penderitaan sepanjang hayat yang ada.
Jangan kerana kesilapan dan kebodohan kita
Hingga ada insan lain yang turut menderita..

"Dadah Musuh Nombor 1 Negara"

2 Komen:

Idalara Sunday, 25 January, 2009  

Sesungguhnya kerana dadahlah rmhtngga yg dibina hampir puluhan tahun hancur berkecai..dan anak2ku hnya berayah atas kertas sahaja.

Kamezaim Sunday, 25 January, 2009  

lain mcm je bunyinya idalara..hehe tak nak kongsi ke..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP