24 April 2009

Airmatamu Tidak Mampu Merubah Segalanya..

Kadang-kadang kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik di dalam sesuatu perkara itu. Macam-macam kita lakukan untuk mencapai apa yang kita harapkan. Hingga kita terlupa untuk memikirkan tentang diri kita sendiri. Kita berkorban apa saja asalkan kita mampu memilikinya. Namun, semua itu bagaikan sia-sia apabila apa yang kita lakukan langsung tiada di hargai malah dikhianati. Terasa sakitnya hati tiada siapa yang mampu mengerti..

Sudah puas aku mempertahankan cinta yang ada namun ternyata aku tidak mampu melawan rasa kecewa dengan perbuatannya. Hilang rasa sayang dihati bila mengetahui dalam diam dia ada hubungan dengan insan lain. Tidak mampu ku ungkapkan betapa kecewanya rasa di hati ini setelah melihat sendiri dengan mataku sendiri. Bagai tidak percaya wajahnya yang manis dan lembut itu rupa-rupanya mempunyai racun yang sangat berbisa. Dibibir mengukir janji-janji manis tapi apakan daya, segalanya hanya di bibir saja. Namun di hatimu, aku kau panggil sayang dan dia juga kau panggil sayang. Aku pun tidak mengerti siapakah yang sebenarnya kau sayang. Puas kah hatimu memainkan perasaan seorang lelaki seperti ku? Banggakah dirimu melukakan hati insan seperti ku? Apalah yang engkau kejar sepanjang hidupmu...

Anggaplah ini titipan terakhir buatmu dan janganlah kau berharap agar aku kembali lagi padamu. Aku tidak akan kembali pada insan sepertimu lagi, satu-satunya insan yang benar-benar melukakan hati ini. Sesungguhnya hati ku sudah tawar untuk menerimamu kembali. Percayalah, titisan airmata yang engkau titiskan padaku langsung tidak mampu merubah hatiku. Walau sejuta kali kau memohon maaf padaku dan walau sekalipun aku memaafkanmu namun tidak bererti aku akan bersama mu kembali. Anggaplah antara kita hanya sampai di sini saja. Sewaktu aku bersamamu, kau langsung tidak menghargaiku. Kau kecewakan hatiku namun setelah aku meninggalkanmu, baru kau tahu betapa berertinya aku buatmu. Namun apa kan daya, segalanya sudah berakhir..

Doaku agar kau bahagia walau di mana pun kau berada. Semoga kau berjaya dalam apa jua yang kau lakukan. Cuma satu pesanku padamu, janganlah kau kecewakan hati insan yang menyintaimu lagi. Aku tidak mahu ada insan lain yang turut terluka di atas perbuatanmu itu. Hanya satu yang ku pinta padamu, andai kita bersua selepas ini, anggaplah kita tidak pernah kenal di antara satu sama lain. Tidak sanggup aku memandang wajahmu lagi, satu-satunya wajah yang telah menghancurkan hati ini.. Airmatamu tidak mampu merubah segalanya..

3 Komen:

Khaizarien Friday, 24 April, 2009  

knp nk doakn die bahagia...bia la die plak rase kesakitan tu macam mane

Anita, Mummy Adzryl Friday, 24 April, 2009  

hmmm... betul ke dia memang bersalah?? cuba selami hati dia & fikirkan hal yang sebenar... kalau hati dah sayang, cubalah cari jalan nak selesaikan... jangan terus pin-point & cakap dia bersalah! me tak rasa dia bersalah.. ntah lah! maybe my instinct yg rasa camtu..

sorry tiba2 comment sini! tapi ada rasa x puas ati lah bila tak kasi peluang "si dia" tu berterus terang... hehehe! takpe lah! kebenaran akan terungkai nnt.. insyaAllah! peace! :)

-makluk Allah- Monday, 01 June, 2009  

erm sy sokong pendapat kamo..
doakan dia hidup bahagia bersama-sama dgn org yg d cintai...dan berharap dia tidak memainkan perasaan org lain lagi..

p/s:perkara yg baik itu akan mendahului perkara yg terbaik..jangan kita lari daripada masalah kerana masalah itu adalah ujian Allah untuk hambanya..tidak ada masalah yg tak dapat d selesaikan...dan memaafkan org lain dgn hati yg ikhlas sgt baik kerana kemaafan itu akan mengurangkan beban yg ada d ats bahu kita..

fikir-fikirkanlah...
sorry la klu merapu je kat sini sebagai luahan hati dan mengigatkan diri sendiri...
-smile always-:)

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP