Hari Ibu Yang Tiada Bererti..
kasih ayah mencari rezeki siang dan malam,
dan...."
Ibu..
Kini hampir 2 tahun kau pergi
Kau pergi dan tak mungkin kan kembali lagi
Satu-satunya permata di dalam hidupku
Kini ku telah kehilangannya..
Ibu..
Sungguhpun kini kau tiada lagi
Namun wajahmu sentiasa di ingatan ini
Tidak pernah sesekali ku melupakanmu
Kaulah ibu yang telah melahirkan ku ke dunia ini..
Ibu..
Dengarlah rintihan anakmu ini
Sesungguhnya aku teramat merinduimu
Aku rindukan sentuhan dan belaianmu
Aku rindukan segala-galanya tentangmu..
Ibu..
10 Mei 2009
Adalah hari yang sangat bermakna
Buat mereka yang masih punya ibu
Namun, apalah ertinya tarikh itu buatku
Andai aku hanya mampu mengenal hari ibu
Namun aku tak mampu meraikannya
Bersama ibu..
Ibu..
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerana rela bergadai nyawa menahan derita
Semata-mata untuk melahirkan aku ke dunia
Sungguh besar pengorbananmu ibu terhadapku
Yang tak mungkin kan termampu untuk ku balasnya..
Ibu..
Terima kasih juga ku ucapkan padamu
Kerana telah banyak berkorban demi membesarkan ku
Pengorbananmu padaku terlalu luhur dan suci
Namun hanya aku saja yang tidak pernah tahu
Untuk menghargai segala pengorbananmu itu
Sampailah masanya aku terpaksa kehilanganmu
Dan tak mungkin kan ku temui wajahmu lagi
Walau ku mencari sepanjang hayat yang ada..
Ibu..
Maafkanlah anakmu ibu
Kerana tidak sempat membahagiakan hidupmu
Sesungguhnya aku menyesal seumur hidup yang ada
Kerana tidak mampu menjadi yang terbaik sepanjang hayatmu
Sepanjang hayatmu ibu
Aku selalu melukakan hatimu
Aku selalu menyakiti hatimu
Aku selalu mengecewakan hatimu
Namun kau tidak pernah meminggirkan aku
Kau tidak pernah membuang aku dari hidupmu
Hanya aku anak yang tidak berguna..
Ibu..
Halalkanlah segala-galanya
Ku doakan kau aman di sana
Sungguhpun kau tiada lagi di dunia ini
Namun kau sentiasa ada di ingatanku
Wajahmu kan hidup di dalam ingatanku
Sampailah ke saat-saat akhir hayatku nanti
Aku bangga dilahirkan dari rahimmu
Aku bangga darah yang mengalir dalam tubuh ini
Adalah sebahagian dari darahmu ibu..
Kaulah syurga ku
Kaulah permata hatiku
Dan hanya kaulah ibuku yang satu..
"..kasih ibu membawa ke syurga.."

8 Komen:
kamezaim buat idalara menangis...sedihnya baca puisi buat arwah ibu kame...sabarlah..doakan ibu setiap masa..pastinya ibu kamezaim bangga dgn kame kerana dapat menunaikan apa yg dihajati..
wahai temanku idalara, ketahuilah yang airmata ini turut mengalir tatkala jari ini menaip setiap baris ayat-ayat tersebut..
Sedih la pulak baca entri dan dengar lagu ni...Ibu tetap akan dikenang sepanjang masa walaupun dia telah tiada
xpelaa kamezaim..plg kurang..penah rase kaseh ibu dr mereka yang tidak penah rase sejak lahir..
semoga roh ibu kamezaim tenag disana..")
sedih baca entry tuk ibu nie...rajin2 lah kamezaim sedekahkan fatihah tuk ibu yea. :(
syurga itu di telapak kai ibu... berbaktilah ketika dia hidup, jika sudah tiada.... anak yang soleh penyambung pahala.
salam..
sedih.doakan dier..
semoga menjadi anak yg soleh;)
Itulah istimewanya insan yang bergelar ibu..
Memberi x minta dibalas
Sanggup berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa..
Jasanya terlalu besar..
Pengorbananya terlalu luhur
Post a Comment