22 April 2008

Pranita Awanis


Tragedi sedih 31 Julai 1998 menyelubungi seluruh warga Tentera Darat khasnya dari 10 Briged Para. Tragedi yang berlaku jam 11 pagi itu melibatkan seorang jurulatih payung terjun, Sarjan Ali Ahmad, 35, dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pranita Awanis Othman, 21, dari Sel Gaji dan Belanjawan, Markas 10 Briged Para yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka. Kedua-duanya terbunuh di tempat kejadian apabila payung terjun mereka dikatakan tidak berfungsi ketika terjun dari pesawat Nuri yang ketika itu berada pada ketinggian kira-kira 6,000 meter dari permukaan bumi. kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa kedua-dua anggota terbabit bersama kira- kira 20 orang anggota penerjun lain sedang mengadakan sesi latihan penerjunan bebas. Latihan tersebut merupakan latihan biasa bagi meningkatkan kemahiran anggota mengendalikan payung terjun bebas.
Sarjan Ali yang bertindak sebagai jurulatih dalam latihan itu dipercayai cuba membantu Pranita Awanis di udara apabila payung terjun pranita itu dikatakan gagal berfungsi.''Payung terjun Sarjan Ali juga dikatakan hanya dapat dikembangkan ketika hampir sampai ke bumi sebelum kedua-duanya jatuh di atas jalan raya di kawasan kem. Sarjan Ali Ahmad berasal dari Kampung Bahagia, Batu Pahat manakala Pranita Awanis yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah.
Walaupun segala prosedur penerjunan telah dipatuhi sebelum dan semasa setiap latihan dilaksanakan, sebagai warga para kami redha atas segala ketentuan dari Yang Maha Esa. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka yang terkorban. Al-Fatihah...

0 Komen:

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP