22 April 2008

McD Call Centre

Aku nak citerlah sikit kenangan-kenangan aku masa aku bekerja di McD Call Centre dulu.Aku keje situ dalam 2 tahun lebih.Masa aku mula-mula masuk dulu memang seronok,keje pun tak tensen sangat.Tapi sekarang dah lain,tak macam dulu lagi.Dulu manager lain,sekarang manager lain.Staf-staf lama pun dah banyak berhenti sebab dah tak tahan dengan manager baru.Dah la perempuan,pastu belagak plak tu.Di sebabkan aku pun dah tak tahan,aku pun berhentilah sebab masa tu kebetulan aku dapat tawaran keje baru.Dari kiri tu,Saiful,Ecam,Aku,Rahman dan yang last sekali tu Abg Rizal (juruteknik).Masa aku keje dekat situ,basic salary dia bagi RM 1000.00.Elaun malam RM 250.00,elaun kedatangan RM 50.00..Rasa-rasa cukup tak?Memang kalau di lihat dari segi rawak memang lebih dari cukup kalau kita bujang tapi sebenarnya tidak,kenapa?
Setiap kesilapan yang di lakukan ketika bekerja,harus di bayar dengan duit sendiri.Contoh kesilapannya,tersilap ambil pesanan.Tiada manusia yang mungkin dapat lari dari melakukan kesilapan.Kadang-kadang kita ambil pesanan dengan betul tapi customer plak bangang,mengada-ngada,berlagak.Salah pun kita kena bayar,tak salah pun kita kena bayar.Jadi,berapa yang tinggal duit gaji?Sabar je lah..apa yang aku ceritakan ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku sendiri.Pada sesiapa yang ingin bekerja di Call Centre Mcd,fikirkan lah sekali lagi...

1 Komen:

Anbalagan Muthy Tuesday, 16 April, 2013  

Helo
Boleh saya tahu mcm mana nk cari kerja kat mcd call centre?..Call centre mcd in kt mana encik?

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP