24 April 2008

Rindu Yang Tersisa..

Tiada manusia di dalam dunia ini yang menginginkan hidupnya di landa seribu penderitaan.Setiap manusia menginginkan sebuah kenikmatan dalam erti kata sebuah kebahagiaan.Walau sering kita mencuba untuk mencapai kebahagiaan itu namun janganlah kita lupa untuk bersedia menghadapi yang sebaliknya.Tiada apa yang aku harapkan selain mengharap agar diri ini di hargai.Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa yang mampu ku banggakan.Aku mencuba untuk mewujudkan sebuah kebahagiaan di dalam hubungan kami tapi apakan daya,makin lama ianya terbina,makin lama ianya retak bagai menanti belah.Ku sangkakan panas hingga ke petang,rupa-rupanya mendung di tengah hari...
Di harap kasih,kasih tak kesampaian.Seolah-olah diriku ini tiada maknanya lagi buat hidupnya.Sungguh tak ku sangka,sekelip mata dia berubah.Ke mana hilangnya kata-kata manis di bibirnya,di manakah perasaannya sebagai seorang wanita.Adakah semuanya hilang hanya kerana diri di kuasai ego.Ku harap dia mengerti bahawa di dalam hidup ini tiada yang berkuasa melainkan hanya Allah.Suatu masanya nanti,kita pasti kan kembali pada-Nya..
Sesungguhnya aku merinduinya,rindu ku padanya tak mampu ku bendung lagi biarpun rindu ku umpama pungguk merindukan bulan.Ku akur pada kehendakmu,andai itu yang terbaik buat hidupmu.Ku harap kau bahagia di samping penderitaan yang kau berikan pada diri ku ini..Sesungguhnya rindu ku ini adalah rindu yang tersisa..

0 Komen:

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP