18 April 2008

Renungan Terakhir Mu..

Ibu,aku merinduimu..
Ibu,baru kini ku tahu nilai kasih mu.Baru kini ku mengerti yang dirimu amat bermakna buat hidup ku ini.Ketika hayatmu,aku tidak pernah merasakan semua itu.Aku selalu menyusahkan mu,aku selalu menyakitkan hati mu.Aku langsung tak tahu untuk menghargai kasih sayang & pengorbanan mu ibu hinggalah aku kehilangannya.Kini kau tiada lagi,yang tinggal hanyalah potret mu sebagai tatapan ku di kala aku merinduimu ibu.Setelah kau tiada,baru ku terasa akan kehilangan sebutirnya permata yang tak mungkin kan ku temui lagi.Ibu,ampunkanlah dosa anakmu ini.Halalkanlah segala makan dan minum anak mu dari ku di lahirkan hinggalah ke saat-saat akhir hayatmu.Ku tahu,masa tak mungkin dapat berputar kembali tapi ku masih berharap agar dapatku undurkan masa ini agar dapat ku mencium kaki mu ibu.Memohon ampun dari segala dosa-dosa yang pernah ku lakukan terhadap mu.Ku benar-benar merinduimu ibu.Bila aidilfitri menjelma,ku terasa kosong bagai tiada makna.Ku rindukan ketupat,kuih-kuih raya yang di buat oleh mu ibu.Ku ingin mencium tanganmu di pagi syawal,ku gembira melihat kau tersenyum sambil memakai baju baru.Betapa gembiranya hati mu apabila melihat anak-anakmu pulang dari rantau.Tapi kini,semuanya sudah tiada lagi..

Ibu,ku masih ingat ketika kau terlantar di hospital seminggu sebelum kepergian mu.Betapa gembiranya hatimu melihat anak-anak mu datang melawat mu.Kau pernah berkata pada ku,kau teringin nak rasa ayam kfc.Tapi,maafkanlah kami kerana kami tidak mampu menunaikannya kerana kesihatan ibu ketika itu tidak mengizinkan kami menunaikannya.Kau teringin nak rasa duit dari titih peluh ku tapi apakan daya,ku tak mampu pada ketika itu.Ku masih ingat lagi,pada malam kami ingin bertolak balik ke KL.Kami singgah di hospital untuk memberi ubat pada mu ibu.Ketika itu,hanya seorang saja pelawat yang di benarkan masuk ke dalam.Jadi akulah yang masuk memberi ubat itu.Setibanya aku di katil mu,kau masih tidur.Sebak di dadaku melihat kau melayan sakit mu hinggakan ke waktu tidur mu.Ku kejutkan mu dan kau terus bangun memeluk ku seolah-olah tidak mahu membiarkan ku pergi jauh darimu.Kau cium pipiku seolah-olah itulah ciuman yang terakhir dari mu ibu.Kau sempat berpesan pada ku,jaga diri baik-baik dan bekerjalah dengan jujur dan amanah.Jadilah manusia yang berguna dan kau nyatakan yang kau sangat sayangkan aku.Aku tak sangka itu adalah kata-kata terakhir darimu ibu.Aku segera beredar dari mu ibu kerana ku tak mahu membiarkan ibu melihat airmata yang jatuh satu persatu membasahi pipiku.Ketika itu,tiada apa lagi yang ku rasakan melainkan rasa sayangnya aku padamu ibu..

Ibu,aku mendoakan agar kau di tempatkan di sisi-Nya.Hanya kau ibuku,hanya kau kasihku,hanya kau segala-galanya bagi ku.Walau kini kau sudah tiada namun kau tetap dihatiku..Ibu,aku merinduimu....Al-Fatihah.

1 Komen:

KeL@T Friday, 02 May, 2008  

takziah utk anda... salam kenal yek..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP