10 Perkara Mengenai Kamezaim
Di sini ingin kamezaim ceritakan 10 perkara mengenai diri kamezaim.Kalau tak silap hari tu kamezaim kena tag oleh Gadis Ipoh.Gadis ipoh minta 7 je tapi tak pe,kita bagi 10 dekat dia.Baru hari ni berkesempatan untuk membalasnya...
- Orangnya biasa saje.Tak hensem dan tak kaya.
- Bujang
- Tinggi dan berat 179 cm / 80 kg.
- Suka dengar muzik,riadah dan bersiar-siar mencari ketenangan.
- Hobi membaca semua jenis buku terutama buku mengenai sejarah negara dan ketenteraan.
- Muzik yang di gemari hanyalah muzik dari era 60'an - 90'an sahaja.
- Filem yang di minati hanyalah filem melayu,korea,jepun dan english.
- Prinsip hidup,"Biarlah hidup senang dalam keadaan susah daripada hidup susah dalam keadaan senang".
- Sikap kamezaim pula seorang yang penyabar tapi kadang-kadang tu ada juga hilang sabarnya.Biasalah,dah nama pun manusia.Sentiasa ceria walaupun kadang-kadang hati sering terluka.Kamezaim ni juga seorang yang mudah merajuk tapi tak adalah sampai berbulan-bulan.Merajuk itu penting kerana dengan cara itu kita mampu tenangkan fikiran dan jiwa kita.
- Perkataan kamezaim berasal dari cantuman 2 perkataan.Perkataan 'kame' berasal dari jepun membawa maksud kura-kura.Perkataan 'zaim' berasal dari nama tuan punya blog ni lah.Di cantumkan 'kame' + 'zaim' jadilah perkataan kamezaim..
Kamezaim memang suka pada kura-kura.Wajahnya membawa seribu erti dan makna..Hanya yang tahu menilai sahaja yang akan dapat merasainya.Harap gadis ipoh berpuas hati dengan jawapan ini..
0 Komen:
Post a Comment