17 May 2008

Kisah Hidupku..

Pada 22 Mei aku dilahirkan di sebuah negeri di utara semenanjung.Negerinya kecil tapi aman dan tenang.Hidup dalam suasana kampung yang serba kekurangan.Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Paya.Tidak jauh dari rumah,hanya 300 meter dari rumah.Selepas itu aku menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi kemudian bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman.Dan akhirnya aku bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya..

Setelah tamat persekolahan,aku mula mencari kerja.Macam-macam kerja aku buat.Pekerjaan pertama yang aku lakukan adalah bekerja sebagai tukang cat kereta merangkap tukang welding.Gaji sehari hanyalah RM 12.00.Demi sebuah pengalaman,aku teruskan jua pekerjaan itu tanpa kenal erti jemu dan susah hinggalah aku mendapat pekerjaan yang lain.Pekerjaan seterusnya sebagai jurujual daging kambing merangkap juru sembelih.Gaji sebulan cuma RM 400.00.Kemudian aku bekerja sebagai buruh kasar,di bawah terik sinar mentari aku bekerja.Membina jambatan,rumah,pagar dan banggunan.Ku teruskan jua biarpun terasa seksanya demi mencari rezeki yang halal.Gajinya bergantung pada projek yang di lakukan.Kemudian aku bekerja di sebuah syarikat di kuala lumpur sebagai pegawai khidmat pelanggan.Gaji adalah RM 1000.00 sebulan tidak termasuk OT.2 tahun aku bekerja di situ,pelbagai ragam manusia aku kenali.Hanya yang pernah menjadi pegawai khidmat pelanggan saja yang akan memahaminya.Selepas itu aku mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang mengendalikan pengangkutan lori tangki (petronas).Sebagai kerani operasi,gaji di tawarkan adalah RM 850.00 sebulan......Cukuplah setakat ini kisah pekerjaanku,seterusnya biarlah ianya menjadi rahsia hidupku..

Hanya Allah yang tahu apa yang aku lalui,hidup mesti di teruskan walau apapun yang terjadi.Ku percaya,Allah tidak pernah kejam pada hamba-hambanya.Ku berpegang pada satu prinsip hidup,ketabahanlah yang akan mencorak hidup kita dari muda hingga ke tua..

0 Komen:

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP