08 May 2008

Bekas PM Dianugerah Beret Hijau Kehormat

MELAKA 5 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini dikurniakan anugerah Beret Hijau Kehormat oleh Rejimen Gerak Khas yang merupakan anugerah tertinggi komando untuk wira negara.
Penganugerahan itu diberikan kepada Perdana Menteri sebagai tanda menghargai ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sepanjang memimpin negara dengan memiliki semangat waja dan kecekalan diri yang tidak pernah menyerah kalah.
Anugerah kepada Dr. Mahathir disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Md. Hashim Hussein pada majlis Perhimpunan Perdana Warga Gerak Khas 2001 yang julung kali diadakan di Markas 21 Grup Gerak Khas di Kem Sungai Udang dekat sini, hari ini.
Selain Perdana Menteri, seramai 17 anggota Gerak Khas turut menerima sijil penghargaan negara iaitu bekas-bekas Pengerusi Rejimen Gerak Khas iaitu Jeneral (B) Tan Sri Borhan Ahmad, Mejor Jeneral (B) Datuk Harun Taib dan allahyarham Brig. Jeneral. Datuk Hasbullah Mohd. Yusof.
Turut menerima sijil penghargaan ialah Mej. Jen. (B) Datuk Mohd. Ramli Ismail, Mej. Jen. (B) Datuk Paduka Ghazali Ibrahim dan Brig. Jen. (B) Datuk Pahlawan Daud Ariffin.
Lain-lainnya ialah Truper Rasali Buang, Lans Koperal Saimon Tarikat, Lt. Kolonel Ahmad Abdul Rashid, Sarjan (B) Zaki Nordin dan Koperal Ismail Ahmad di mana mereka sudah meninggal dunia semasa bertugas.
Dr. Mahathir menganugerahkan Sijil Penghargaan Kerajaan Malaysia kepada 17 anggota terbabit.
Beret Hijau iaitu satu anugerah tertinggi yang melambangkan keagungan, keperwiraan dan mutu keberanian yang tinggi kepada setiap pemakainya.
Rejimen itu diiktiraf keunggulannya oleh dunia dan wira yang memakainya perlu mempertahankan martabatnya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Najib Razak; Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Mohd. Ali Rustam; Timbalan Menteri Pertahanan dan Datuk Shafie Apdal.

0 Komen:

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP