Semoga Bahagia Adyla
Adyla..
Aku mengenalimu tanpa kenal erti perbezaan
Aku gembira mempunyai sahabat sepertimu
Yang tidak pernah jemu melayan kerenah aku
Aku tahu adakala kata-kata ku
Mengguris hati mu
Tapi kau sengaja menyembunyikannya
Demi melihat aku gembira
Kau menemaniku setiap masa
Tidak kira waktu & keadaan
Adyla..
Namun ku harus terima kenyataan
Bahawa kau telah berpunya
Dan tidak lama lagi kau akan menjalani hidup
bersamanya
Mungkin benar kata orang
Setiap pertemuan itu
Akan disulami dengan perpisahan
Adyla..
Aku mendoakan agar kau bahagia di sampingnya
Semoga perhubungan adyla dengan dia
Kekal hingga ke akhir hayat
Walaupun kau sudah berpunya
Namun percayalah
Kau lah kawan ku yang paling aku sayangi
Tak mungkin kan ku jumpa insan seperti mu lagi
Kau tetap di ingatan ini
Adyla..
Terima kasih di atas segala-galanya
Sama ada suka mahupun duka
Kau lah satu-satunya sahabatku
Semoga bahagia menjalani kehidupan
Bersamanya...
2 Komen:
ehem... ehem... ni ape kes lak nih??? huhuhu...
waa..
so sweet..
love this entry!! =)
Post a Comment