19 July 2008

Akhirnya Tiba Jua..





Akhirnya musim yang di nanti-nantikan menjelma jua..hehe Musim yang kamezaim maksudkan adalah musim buah.Baru-baru ini kamezaim ada mendapat panggilan dari saudara -mara di kampung.Mereka tanya kamezaim tak nak balik ke..Buah bertimbun-timbun kata diorang..hehe Apakan daya,niat dihati ingin pulang tapi keadaan dan tanggungjawab tidak mengizinkan.Terpaksa akur dengan hakikat itu biarpun jauh di sudut hati teringin sangat-sangat ingin bersua dengan saudara-mara...

Kalau ada yang tak kenal buah apa di atas tu,ntahla kamezaim pun susah nak cakap..hehe Yang atas sekali tu buah durian,bawah kiri buah manggis dan bawah kanan adalah buah langsat..Sedap tu..Makan buah tu sambil duduk di serambi dan termenung melihat sawah dan kicauan burung-burung yang pasti mengasyikkan.Itulah suasana di kampung,cukup mendamaikan..Jiwa yang bergelora pasti akan tenang setiap kali menghayati keindahan suasana di kampung..Jauh dari kesibukkan kota,hanya kedengaran bunyi burung-burung berkicauan dan juga aliran air dari tali air.Melihat kanak-kanak bermain dengan bebasnya tanpa memikirkan bahaya seperti di kota..

Ntah bilalah agaknya kamezaim dapat menjijakkan kaki ini di kampung halaman kamezaim...Rindunya kamezaim pada keluarga,saudara-mara dan juga teman-teman..Tentu sudah banyak yang dah berubah...

5 Komen:

Anonymous,  Sunday, 20 July, 2008  

kamezaim boleh kirim duriannya ke indonesia.. :D,hehe

Kamezaim Sunday, 20 July, 2008  

nak juga ke ririn?mahu berapa kilo ririn?anak pokok dia nak juga ke?hehe

Zamz Tuesday, 22 July, 2008  

bestnya tgk buah ni

Anonymous,  Tuesday, 22 July, 2008  

manggis memanggilku pulang...
ermm...

cheryna zamrinor Wednesday, 23 July, 2008  

bestnye....buah manggis...here i come:D

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP