18 July 2008

Suatu Ketika Dahulu..

Assalamualaikum..

Inilah wajah kamezaim suatu ketika dahulu.hehe Tapi tak ingat gambar ini di ambil ketika umur berapa.Tapi suasana ketika dulu jauh bezanya dengan suasana sekarang.Sekarang banyak yang telah berubah,dah tak seindah dulu lagi.Biasalah,masa tu manalah tahu erti kehidupan lagi.Yang tahu hanyalah nak bersuka-suka saja..hehe Tapi sekarang,barulah kamezaim dapat kenal erti kehidupan ini.Semakin kita meningkat dewasa,semakin hebat dugaan yang menjelma.Kadang-kadang sampai kita hampir tewas dalam mengharungi kehidupan ini yang sentiasa di hujani derita dan dugaan.Hingga sampai satu tahap,kita tak mampu memilih jalan yang mana hendak dituju.Itulah yang membuat kita sesat di dalam mencari erti kehidupan ini..

Sungguh cepat masa berlalu hinggakan kita tak sempat menghayati apa yang kita lalui.Kita melangkah dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.Ranjau dan onak duri kita tempuh jua demi mencari erti kehidupan dan kebahagiaan yang sekian lama di dambakan oleh setiap insan.Kalau dulu kita berbual bersama tapi mungkin kini dia sudah tiada lagi.Kalau dulu kita bergurau dan bersenda di tepi-tepi jalan tapi kini semua itu sudah tiada lagi.Mungkin dulu kita selalu mandi sungai bersama tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan.Kita harus terima hakikat ini,tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah S.W.T.Dari kecil menjadi dewasa,dari muda menjadi tua.Dari hidup kita akan mati jua..Cuma kita tak tahu sampai bilakah nadi ini akan terus berdenyut,sampai bilakah jasad ini akan terus bernafas.Ntah hari ini,entah esok atau lusa kita pasti akan menghadapi saat-saat itu di mana kita terpaksa meninggalkan orang yang kita sayang,orang yang kita cintai dan semua insan yang berada di sisi kita..Mungkin hidup ini tak seindah seperti yang disangkakan namun bersyukurlah kerana kita masih di beri peluang untuk hidup walau sesaat lagi..

3 Komen:

azza_irah Friday, 18 July, 2008  

ermm..nostalgia kan..
teringat indahnya zaman kanak2 dulu..
rinduuu...

Kamezaim Friday, 18 July, 2008  

betul tu azza..kadang-kadang rasa mcm nak je kembali ke zaman tu..hehe tapi semua tu bagai mimpi je lah..

IamYonna Sunday, 20 July, 2008  

ni gambar dulu..
gambar skang mane lak? hee

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP