20 July 2008

Hidup Seorang Pesawah








Assalamualaikum..

Kalau entry yang lepas ada kamezaim menceritakan mengenai padi dan juga sawah padi tapi kali ini kamezaim ingin menceritakan mengenai seorang pesawah pula.Sebut saja pesawah,mesti ramai yang terfikir bahawa mereka ini miskin.Sebenarnya mereka tidaklah miskin dan tidaklah juga kaya.Hidup mereka sederhana bersesuaian dengan keadaan dan situasi mereka.Dengan hanya memerah keringat di sawah,mereka mampu membesarkan anak-anak mereka hingga ke menara gading.Demi membesarkan anak-anak,mereka tidak pernah kenal erti susah atau letih biarpun di bawah sinaran mentari yang cukup panas menyinari mereka.Keluar dari seawal pagi hingga mentari terbenam baru mereka pulang.Itulah rutin mereka demi meneruskan kehidupan ini yang semakin mencabar..

Sekarang zaman sudah maju,kebanyakkan pesawah telah menggunakan peralatan moden atau jentera.Namun,walau sehebat manapun jentera itu beroperasi tapi mereka tetap juga harus turun ke sawah.Mungkin ramai generasi zaman sekarang sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk mengendalikan kerja-kerja di sawah.Malah, mungkin langsung tidak tahu betapa susahnya hidup sebagai seorang pesawah.Terus-terang kamezaim katakan,bukan senang untuk menjadi pesawah.Harus ada kesabaran dan keazaman yang tinggi.Setiap pesawah sentiasa berharap dan berdoa agar benih padi yang di semainya semalam selamat membesar hingga menjadi pokok padi.Kerana kita tidak tahu musibah apa yang akan menimpa anak benih itu.Andai banjir mahupun ribut,semua anak benih itu akan rosak dan hanyut di bawa arus air.Itu adalah satu kerugian yang terpaksa di tanggung oleh pesawah..

Tak perlulah kita memandang rendah terhadap seorang pesawah.Ini kerana,tanpa mereka kita tak mungkin dapat makan nasi hari-hari.Sebutir nasi ibarat setitik peluh pesawah.Kamezaim juga dilahirkan dari keluarga yang susah,dari kampung.Ubi kayu,jantung pisang,ikan masin,telur,air asam dan ikan kembung itulah makanan rutin kamezaim dulu.Tiap-tiap hari menu yang sama,siap boleh hafal menu apa..hehe Tapi kamezaim tak pernah merungut.Apa yang arwah mak kamezaim masak,semua kamezaim makan.Kamezaim faham keadaan keluarga ketika itu,sangat susah.Malangnya,kamezaim tak sempat membahagiakan dia sepanjang hayat dia.Hidupnya susah hingga ke akhir hayat dia,maafkan anakmu kerana tidak mampu membahagiakanmu sepanjang hidupmu...

10 Komen:

Tirai Hidup Sunday, 20 July, 2008  

NAH TISU TANDAS LAP AYARRRRRQQ MATA DAN HINGUSMU....HAHHAHHA..
SENSITIP SGT LA TU....

Tirai Hidup Sunday, 20 July, 2008  

jangan marer...mana shout box???

Kamezaim Sunday, 20 July, 2008  

tak kan shout box pun dah tak jumpa kot cik lawa oii..

shaizhar Sunday, 20 July, 2008  

biasalah puan cik lawa memamg rabun.

aku anak pesawah, kerana hasil sawah padi .. aku membesar dan berada disini.

Terima kasih tanah, sawah , padi dan keringat pak tani.

Disini kini aku berdiri
Kerana dirimu pesawah

Ayu Mohamad Monday, 21 July, 2008  

Salam...
adehhh sedeynya baca..
tapikan. sapa kata awak tak pernah membahagiakan mak awak?
tika awak tidak merungut di atas segala keperitan dan kepayahan dalam menjalani kehidupan itu sudah cukup membahagiakan hati seorang ibu..dikurniakan anak yang taat dan mendengar kata..

ok.. take care..

shahliza94 Monday, 21 July, 2008  

saper kata kamezaim xleh nak bahagiakan mak kamezaim? kalau semaya hayatnya kamezaim rasa x sempat, apa salahnya kamezaim bahagiakan dia dengan doa dari anak yang soleh.... doa yang tidak putus2 dari seorg anak utk ibunya sebagai membalas jasa. kalau kamezaim bersedekah, sedekahlah atas nama arwah. insyaallah pahalanya mengalir terus....

PakMail Monday, 21 July, 2008  

Masa dulu2 saya suka cari ikan dalam sawah padi bersama kawan2.Kadang2 dikejar tuan tanah katanya merosakkan padinya.Pakat lari ramai2 bertambah rosak kena pijak...Tak lupa juga masa kat sawah dulu ada lintah..hee geli juga..Sekarang orang bela lintah.. Ingatlah betapa susahnya orang tua dulu nak menyara anak2..

ryann Tuesday, 22 July, 2008  

mengenangkan kerjaya pesawah...sangat sentimental. ada nilai maksud tersendiri

Hulubalang Diraja Monday, 23 May, 2016  

Salam Kamezaim,

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Walaupon saya bekerja dlm bidang profesional tp jgn terkejut kalau saya katakan yg saya juga sgt berminat utk menjadi seorang pesawah.

Benarkah mereka terpaksa bekerja sehari suntuk? Bukankah mereka sepatutnya hanya perlu bekerja sehingga matahari meninggi? Saya amat tertarik dgn pekerjaan ini kerana ia melatih diri utk hidup secara sederhana. Pekerjaan ini juga sgt memberi ketenangan.

Wallahu a'lam...

Hulubalang Diraja Monday, 23 May, 2016  

Salam Kamezaim,

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Walaupon saya bekerja dlm bidang profesional tp jgn terkejut kalau saya katakan yg saya juga sgt berminat utk menjadi seorang pesawah.

Benarkah mereka terpaksa bekerja sehari suntuk? Bukankah mereka sepatutnya hanya perlu bekerja sehingga matahari meninggi? Saya amat tertarik dgn pekerjaan ini kerana ia melatih diri utk hidup secara sederhana. Pekerjaan ini juga sgt memberi ketenangan.

Wallahu a'lam...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP