11 July 2008

Takdir Tuhan..

Assalamualaikum..

Sebelum kamezaim mencoretkan nukilan ini,ingin kamezaim nyatakan bahawa apa yang akan kamezaim tuliskan nanti adalah kisah benar yang terjadi dua hari lepas di sekitar kuala lumpur.Kamezaim ingin sangat berkongsi apa yang kamezaim lalui dua hari lepas.Kamezaim harap,ianya akan menjadi pedoman kepada kita bersama..

Sebenarnya,dua hari lepas kamezaim singgah di kuala lumpur di sekitar jalan ampang.Pada masa tu dalam pukul 11.30 pagi.Kamezaim berhenti di sebuah kedai makan untuk mengisi perut yang sudah sekian lama lapar.Sedang kamezaim menanti pesanan yang kamezaim minta,hadir 2 orang hamba Allah yang buta datang untuk meminta sedikit wang pada setiap pelanggan di kedai makan itu termasuklah kamezaim.Pada mulanya memang kamezaim rasa terharu tapi bila di fikirkan balik,bukan orang yang buta itu yang dapat duit itu tapi orang yang membawanya itu yang mendapat habuannya..

Tak lama selepas itu,hadir pula seorang gadis yang juga buta.Dia berjalan hanya berpandukan kayu yang di pegangnya itu.Rupa yang cantik,manis dan sentiasa tersenyum.Kamezaim rasa umurnya dalam lingkungan 30'an.Dia hadir duduk di meja depan kamezaim.Bertentang dengan kamezaim.Semua orang memerhatikannya seolah-olah tidak pernah melihat seorang yang buta.Tiada seorang pun pelayan kedai makan tersebut yang tampil untuk mengambil pesanan dia.Tapi dia tetap menunggu dan menanti andai ada yang bertanya untuk mengambil pesanan dia.Setelah hampir 15 minit dia menunggu,tiada seorang pun yang bertanyakan pada dia.Pada masa tu kamezaim mula rasa terharu apabila setiap kali memandang wajahnya.Lalu,kamezaim berpindah ke mejanya dan meminta izin untuk duduk semeja dengan dia.Dia mengizinkan dengan wajah yang cukup manis dan mengharapkan sesuatu.Kemudian kamezaim bertanyakan apa yang ingin dia pesan.Dia hanya memesan nasi putih,lauk ikan dan sedikit kuah kari dan juga air kosong.Sementara menanti pesanan dia,kamezaim sempat bertanyakan mengenai hidup dia.Walaupun berat mulut ini untuk bertanya kerana bimbang di salah tafsirkan oleh dia,tapi kamezaim tetap ingin tahu mengenai dia.Namanya sufia.Dia berasal dari perak,hidup sebatang kara dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.Dia anak ke 2 dari 6 beradik.Hanya dia yang mengalami nasib ini.Ahli keluarganya yang lain semuanya di lahirkan normal.Dia di besarkan oleh keluarga sebelah makciknya kerana keluarganya tak mahu membela anak yang buta seperti dia.Pada masa tu,kamezaim hampir menitiskan air mata setelah melihat beberapa titisan air mata yang mengalir di pipinya.Kamezaim tak mampu bertanyakan apa-apa lagi pada dia,tak sanggup rasanya mendengar suaranya yang penuh dengan kedukaan dan kepiluan..

Kamezaim mula terfikir,biarpun hidupnya serba kekurangan namun dia tabah dan cekal mengharungi hidup ini.Sedangkan ramai lagi yang buta dan hanya mampu meminta belas ikhsan dari masyarakat tanpa berusaha untuk cuba hidup seperti manusia yang lain.Kemudian,makanan yang kami pesan sudah siap dan di susun di atas meja.Kamezaim melihat tangan-tangannya mula mencari pinggan dan juga airnya.Kemudian kamezaim membantu dia untuk mencuci tangan dan selepas itu dia terus menjamah makanan.Pada masa itu,terlalu sukar untuk kamezaim menceritakan betapa sayunya hati ini melihat dia menjamah makanan dalam keadaannya seperti itu.Pada masa tu,apa yang kamezaim fikirkan adalah betapa kagumnya kamezaim melihat ketabahan hatinya demi meneruskan kehidupan ini.Kamezaim kagum melihat dia,biarpun dia tak mampu melihat tapi dia tetap boleh memisahkan tulang daripada isi ikan.Satu persatu tulang dia tanggalkan,betapa sopannya ketika dia makan hingga tiada sebutir pun nasi yang tumpah di atas meja.Setelah dia selesai makan,dia bangun untuk mencari tempat basuh tangan.Kemudian kamezaim membantu pergerakan dia untuk ke tempat cuci tangan.Kemudian kamezaim bertanyakan beberapa soalan lagi pada dia.Kamezaim bertanyakan sama ada dia sudah berkahwin atau belum.Kemudian dia menjawab,dia masih belum berkahwin.Katanya,tiada siapa yang sudi menghampirinya,jauh sekalilah untuk melamarnya sebagai teman hidup.Mendengar pengakuan itu,kamezaim tidak dapat lagi menahan air mata dan kamezaim membiarkan ianya mengalir di pipi.Kamezaim tahu ramai yang memandang kami tapi kamezaim tak peduli apa pandangan orang,kamezaim tak kisah apa orang nak kata..

Kemudian,dia meminta izin untuk membayar dan beredar pulang.Tapi kamezaim berkata,biarlah kamezaim yang bayar.Pada mulanya dia menolak tapi di atas keihklasan kamezaim,akhirnya dia akur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kamezaim.Ucapan terima kasih dari dia jauh bezanya dengan ucapan terima kasih yang pernah kamezaim terima dari insan-insan lain.Ucapan terima kasihnya penuh dengan keihklasan dan kesungguhan hingga membuat kamezaim terdiam tanpa kata.Sebelum dia beredar,sempat juga kamezaim meminta no h/p dia.Apa yang kamezaim tahu,kamezaim ingin berkawan dengannya.Setelah dia bagi no h/p dia,dia pun terus mencapai kayu yang di bawanya itu dan terus beredar.Kamezaim sayu melihat dia berjalan di celah-celah manusia lain yang normal.Betapa hinanya dia di pandangan orang lain hinggakan tiada seorang pun yang memberi laluan kepadanya,jauh sekalilah untuk membantunya.Kemudian dia hilang dari pandangan kamezaim..

Kamezaim rasa,cukuplah setakat ini kamezaim menceritakannya.Marilah kita jadikan ianya satu pedoman buat hidup kita yang normal ini.Kalau kita anggap diri kita susah,ketahuilah bahawa masih ada insan lain lagi yang jauh lebih susah dari kita.Mungkin mereka tidak di lahirkan normal seperti kita,namun mereka tetap juga punya hati dan perasaan seperti kita.Ingin di hargai,di sayangi,di cintai dan di kasihi..Apakah perasaan kita andai kita berada di mana mereka berada..Semoga ianya menjadi renungan buat kita bersama...

7 Komen:

Akak Friday, 11 July, 2008  

Salam kamezaim...

Tersentuh hati baca entri kali nie, and akak pandang tinggi sikap kamezaim yg tak membezakan manusia yg ada kelebihan& kekurangan, sikap yg amat terpuji..

Semuga sigadis Sufia tabah menghadapi ujian dan dugaan dari All SWT!

Kamezaim Friday, 11 July, 2008  

salam kembali akak..

terima kasih akak..kalau akak tersentuh hati kerana membaca entry ni,percayalah bahawa jauh lebih tersentuh hati kamezaim apabila kamezaim berhadapan dan berbual sendiri dengan dia..kamezaim tak tahu nak gambarkan betapa kagumnya kamezaim melihat dia..

IamYonna Saturday, 12 July, 2008  

grr..
hampir menitik air mata bace kisah sufia tu..
sangat la sedih,bro :(
hurm..
biase la.
manusia kan suke pandang hina kat benda2 yang diorg x suka..
cuba kalo kita sendiri kat tmpat sufia tu..
org2 mcm dia la yang betul2 tahu menghargai erti hidup..
even die x sempurna..
tp allah berikan dia ketabahan hati..

part yang sangat2 sedih..
bile keluarga die sendiri buang die :(
bukan salah dia..
allah ciptakan dia sebegitu bersebab..
kenapa keluarga dia sangat kejam???

Anonymous,  Saturday, 12 July, 2008  

salam, mawar penah gi kursus dimana mawar kene tutup mata dari dewan kuliah kedewan makan. Naik tangga jatuh dan masa makan tak tau maner nasi dan lauk.. memang susah dan sedih sekali. kita patut bersyukur keran dikurnia kan mata dan tidak cacat..alhamdulillah

Kamezaim Saturday, 12 July, 2008  

thanks yonna dan mawar..sebenarnya kalau kita lihat secara kasar wajah dia,memang kita xkan tahu yang dia buta.matanya tiada cacat malah kelihatan sempurna cuma tidak dapat melihat saje.Sungguh manis wajahnya,berseri dan bersinar..mungkin sudah itu takdir buat hidupnya,bukan dia minta lahir ke dunia untuk menjadi seperti itu..harap dia tabah menjalani kehidupan..

Anonymous,  Saturday, 12 July, 2008  

Kisah ini benar2 memberi pengajaran kepada kita... hargai apa yang kita ada, susah kita ada lagi yang susah...

bersyukurlah

Anonymous,  Tuesday, 15 July, 2008  

hm.. salut untuk kamezaim..
baik hatinya :) semoga sufia bertemu orang2 seperti kamezaim wherever she goes:D

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP