11 July 2008

Indahkah Hidup Ini?

Indahkah hidup ini?Hanya kita yang tahu untuk menilainya..Sama ada suka mahupun duka,kita tempuh jua hidup ini dengan tenang.Tanpa mengira pahit getir yang kita lalui,kita tabah mengharungi liku-liku kehidupan ini.Kadang kala kita tertekan dengan hidup ini dan adakalanya jua kita tersenyum mengenangkan apa yang telah kita lalui.Mungkin inilah yang dikatakan sebuah kehidupan..

Adakala kita menangis dan adakala kita gembira.Adakala kita jatuh tersungkur dan adakala kita berdiri teguh di ambang kehidupan.Mengejar cita-cita yang kita impikan tanpa mengenal erti jemu dan kalah.Semua itu adalah lumrah kehidupan.Tapi,apakah yang sebenarnya kita cari dan kejar dalam hidup ini?Buka hati dan buka minda,tanya diri sendiri..

1 Komen:

syauqi-sabah Saturday, 12 July, 2008  

salam. saya pernah menulis artikel bertajuk: Benarkah Hidup Kita Umpama Roda? mungkin saudara boleh memberikan komentar?

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP