09 July 2008

Terfikirkah Kita?

Ntah,kamezaim pun tak tahu kenapa kamezaim letak gambar ni.Mungkin kamezaim saje suka-suka kot.hehe Sebenarnya,kamezaim suka dengan gambar ni.Membawa maksud yang tersendiri dan mendalam.Itupun hanya pada orang yang mampu memahaminya lah..Pada yang tak tahu memahami di sebalik gambar ni,mungkin dia akan fikir kenapalah agaknya kamezaim letak gambar ni..hehe

Istilah good morning dalam bahasa Malaysia adalah selamat pagi.hehe Bagi kamezaim,selagi kita boleh ucap selamat pagi,bersyukurlah..Itulah tandanya kita masih berkesempatan untuk mengharungi hidup ini sehari lagi.Apa yang kamezaim ingin sampaikan sebenarnya adalah,hargailah hidup kita biarpun hidup kita tak semudah seperti yang disangkakan.Biar genting sekalipun hidup kita,bersyukurlah kerana kita masih di beri peluang untuk menikmati indahnya dunia ini.Tiada hidup tanpa derita,sebenarnya derita itulah yang memberi keindahan buat hidup kita.Agar kita tahu menghargai apa yang kita miliki.Kadang-kadang mungkin kita tak sedari apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya.Pada masa itu,tangisan sudah tidak bererti lagi.Hanya rasa menyesal yang menyelubungi hidup sepanjang hayat..

Jadi,hargailah apa yang kita miliki..Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki,sesungguhnya semua itu adalah kurniaan dari Allah S.W.T..DIA yang menciptakan alam dunia ini,kita hanya menumpang di sudut dunia ini.Bila-bila masa saja kita akan tinggalkan dunia ini tanpa sempat kita mengira berapa banyak harta yang kita miliki.Hanya keimanan yang akan menjadi bekalan kita ketika di alam kubur dan akhirat nanti.Apa gunanya kalau harta bertimbun tapi langsung tiada keimanan,tidakkah kita terfikir bahawa kita bukan selamanya akan menongkat langit ini..Suatu masanya nanti,suratan ilahi pasti akan datang menjemput kita pulang....

6 Komen:

cheryna zamrinor Wednesday, 09 July, 2008  

gud evening...bagus posting nieh..:D

Akak Thursday, 10 July, 2008  

Salam Kamezaim...

"Selamat Pagi" dan semuga hari nie membawa keberkatan buat kita semua.

Bersyukur dengan setiap pemberian dari Allah, insyaAllah..

IamYonna Thursday, 10 July, 2008  

hee.
betul2..
everytime yonna bgn pagi..
and boleh wosh gud morning kat org2tersayang..
rasa mcm bersyukur sangat sebab still dpt menghirup udara kat bumi Allah ni lg :)

alhamdulillah :)

Kamezaim Thursday, 10 July, 2008  

trima kasih cheryna,akak dan yonna..semoga hidup anda di berkati Allah S.W.T...hehe

A t i Q a h Friday, 11 July, 2008  

Sebab tu masa doa bangun tidur kita akan cakap Alhamdulillah. Bersyukur sebab Allah beri kita peluang untuk bangun dari mati yang sementara (tidur).

:)

shahliza94 Friday, 11 July, 2008  

cantik gambo tu...tenang je...
syukur alhamdulillah..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP