08 July 2008

Si Tupai Yang Kedekut

Kesian burung ni,dapat kawan yang kedekut.Bukan main merayu lagi si burung ni tapi si tupai tu buat tak tahu je.Dasar tupai yang hampeh,makan sorang-sorang.Kalau bagi sikit dekat burung tu pun apa salahnya,bukannya nak rugi apapun.Sikit hari lagi si burung tu tolong si tupai tu plak,kita ni kena selalu tolong-menolong.Hidup bermasyarakat lah katakan.Begitulah juga manusia,kalau hidup ni nak kedekut je sampai tak nak bantu insan lain yang memerlukan lebih baik pergi buat rumah dalam hutan.Harta dan duit bukan boleh bawa masuk dalam kubur.Nanti bila dah mati,malaikat bukan nak tanya berapa banyak harta yang kita ada di dunia.Habis tu buat apa nak kedekut macam si tupai ni,sedekahlah pada yang memerlukan.Biar berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.Buat apa kita nak berlagak dengan harta yang kita ada,semua itu datang dari Allah.Cukuplah sekadar kita tahu untuk menghargainya..Itulah manusia,masa susah ingat mak,ingat ayah,ingat adik,ingat abang,ingat kakak,ingat kawan tapi bila dah senang,lupa diri.Mak ntah ke mana,ayah pun ntah ke mana.Masa susah tanya khabar mak dan ayah,bila dah senang mak dengan ayah sakit pun buat tak tahu je..

Pada mereka yang masih punya ayah dan ibu,hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.Memang kita tak akan merasai betapa nilainya seorang ibu dan ayah,tapi setelah mereka sudah tiada,masa tu baru kita tahu betapa bermaknanya diorang buat kita.Tapi masa tu semuanya sudah terlambat,yang pergi kan tetap pergi.Kamezaim pernah melalui saat-saat itu,saat-saat di mana kamezaim kehilangan sebutir permata yang tak mungkin kamezaim temui lagi sepanjang perjalanan hidup ini.Baru kamezaim tahu betapa ertinya dia buat kamezaim,tapi apakan daya semuanya sudah terlambat.Kamezaim bukanlah seorang anak yang baik,banyak melakukan dosa dan banyak melukakan hati mereka..

Betul kata orang,kasihnya ibu membawa ke syurga.Kasihnya kawan hanya ketika kita berduit.Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.Sungguh besar erti pengorbanan seorang ibu dan ayah.Tanpa mereka,siapalah kita..

4 Komen:

nz Wednesday, 09 July, 2008  

kata org..ada sesetengah jutawan bermula dgn berkira n kedukut..cam tupai tu..hehe

:: xsumenye

Kamezaim Wednesday, 09 July, 2008  

biar jadi jutawan yang dermawan dan di hormati,buat apa jadi jutawan yang kedekut dan di hina oleh masyarakat..hehe

cHeRyNa PiReS Wednesday, 09 July, 2008  

waaa..blog nieh dah lawa...bestnye!!!

gud evening kamezaim:D

meo188 Sunday, 13 July, 2008  

mcm chipmunk je tuh.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP