24 August 2008

Dua Jiwa Satu Hati



Kasih..
Mungkin kau dilahirkan bukan untukku
Mungkin jua ku diciptakan bukanlah untukmu
Kita hanyalah insan biasa
Yang jahil dari segala-galanya
Selalu mencuba untuk menjadi yang terbaik
Namun apakan daya
Kita hanya mampu merancang
Tapi Tuhan yang menentukan segalanya..

Kasih..
Maafkanlah diriku ini
Sesungguhnya aku tak mampu melawan takdir yang tertulis
Ku tahu kau berat menerima kenyataan ini
Tapi apalah daya dan kudratku ini
Ku tak mampu menerima dua jiwa di dalam satu hati
Ku pasti kau kan mengerti..

Kasih..
Ku tahu kau ikhlas menyintaiku
Kau korbankan seluruh jiwa dan ragamu
Hanya kerana untuk menawan hati ini
Tak dapat ku lupa saat-saat itu
Saat-saat dimana airmatamu mengalir di pipimu
Seraut wajahmu sayu dan pilu
Meratap hiba di depanku
Mengharap kata-kata indah dariku
Namun apakan daya ku ini
Kau terlewat untuk menyatakan segalanya
Hati ini telahpun dimiliki oleh insan sepertimu
Yang mengharap kasih dan sayangku
Tak mungkin ku akan mengkhianatinya..

Kasih..
Ku harap kau mengerti maksudku ini
Setelah begitu sukar untuk aku mencari cinta sejati
Kini telahpun ku temui cinta itu
Tak mungkin ku persia-siakan cinta yang ada
Akan ku pertahankan selagi hayat dikandung badan
Maafkanlah aku wahai kasih...

3 Komen:

Akak Monday, 25 August, 2008  

Salam zaem...

Ni lagu (lirik) or sajak??

Zamz Tuesday, 26 August, 2008  

versi paklah takde ke hehe

Kamezaim Tuesday, 26 August, 2008  

to akak : lirik lagu bukan, sajak pun bukan..

to zamz : versi paklah xde kot sbb blog ni cuba menjauhi dari segi politik..hehe

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP