Keluhan Kasih
Bergetar di jiwa ini
Bila ku tahu cintamu kau beri pada insan lain
Yang jauh lebih sempurna dariku
Setelah ku ukir namamu di sudut hatiku
Setelah ku ciptakan satu impian dan harapan
Baru kini ku sedari cintamu bukanlah untukku
Hanya aku yang memendam rasa terhadapmu..
Terkilan rasa di hati ini
Tiada kata termampu untuk ku lafazkan
Melainkan hanya mampu melihat musnahnya cinta ini
Yang sekian lama ku bawa bersama
Inginku pergi jauh membawa hati ini
Tapi kemana harus ku pergi lagi
Puas aku merantau mencari cinta suci
Namun tidak jua ku temui..
Inikah balasanmu terhadap insan yang mencintaimu
Mencintaimu dengan sepenuh jiwa dan raga
Kenapa terlalu cepat kau berubah hati
Hanya kerana harta dan paras rupa
Yang tidak menjaminkan kebahagiaan
Tidakkah kau fikir bahawa harta dan rupa
Hanyalah sementara sahaja
Ianya mampu berubah mengikut masa..
Andai suatu hari nanti kau terluka dan merana
Janganlah kau cari diriku lagi
Anggaplah kita tidak pernah kenal biarpun hanya seketika
Tak sanggup rasa dihati ini
Untuk menatap wajahmu sekali lagi
Termenung aku sendiri menahan derita
Derita yang kau berikan padaku
Salam kau beri tanda perpisahan
Ku sambut salammu dengan tenang dan redha
Dengan harapan agar kau gembira dengan keputusanmu
Untukmu restu ku beri
Semoga bahagia dengan pilihan hatimu..
3 Komen:
salam, nie first time saye datang sini. yang nie saja atau lirik lagu?
Drama Tempatan vs Drama Asing. Yang Mana Pilihan Anda?
Eh..eh..napa laa sedih sangat ni..Jangan diturut rasa hati..takut binasa nanti..
kepada slumber raja : sajak bukan,lirik lagu pun bukan,...luahan hati kamezaim ketika ini...
kepada tie : trima kasih tie..
Post a Comment