24 August 2008

Memori Sebuah Teratak Sepi


Di sinilah aku melihat dunia ini
Di sini jugalah aku mengenal suka duka kehidupan
Di sinilah aku ketawa
Dan disini jugalah aku menangis
Terlalu cepat masa berlalu meninggalkan aku
Hingga aku hampir lupa akan kisah-kisah silam ku
Dulu disinilah tempat ku bermain
Menghabiskan masa terluang bersama rakan-rakan
Riuh-rendah kedengaran suara kanak-kanak bermain
Umpama seperti padang permainan..

Kini ianya terasing dalam sepi
Sudah sepi tidak seperti dulu lagi
Tiada lagi suara riuh-rendah kedengaran
Apa yang tinggal hanyalah kicauan burung
Menandakan senja kian menjelma..

Biarpun kini ku berada jauh dari teratak ini
Namun ianya tetap di ingatan ku
Kerana satu-satunya teratak inilah
Membawa sejuta memori kepada ku
Memori antara aku dan juga arwah bondaku
Kan ku simpan di sudut ingatanku
Sebagai satu memori yang terindah
Buat selama-lamanya..

1 Komen:

Adry Sunday, 24 August, 2008  

wah... puitis sungguh...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP