01 September 2008

Musafir Di Aidilfitri..

Assalamualaikum..

Kini, genaplah setahun kau pergi meninggalkan aku sendirian. Pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya dan tak mungkin kau akan kembali lagi. Walau sudah setahun ianya berlalu, namun aku rasa bagaikan baru semalam kau meninggalkan aku. Ternyata aku teramat merinduimu, aku memerlukan kasih dan sayangmu tapi apakan daya, takdir penentu segalanya. Mungkin kau telah ditakdirkan untuk pergi dahulu sebelum aku. Dulu, masa kau masih ada, aku tidak pernah tahu betapa nilainya kasih darimu sehinggalah aku kehilanganmu. Baru kini ku sedari, tak mungkin aku kan temui insan sepertimu lagi. Benar kata orang, kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara hanya ketika kita berada. Apakan daya, ku harus terima kenyataan ini biarpun jauh di sudut hatiku, aku teramat merinduimu ibu..

Ibu, kini Aidilfitri bakal menjelma lagi dan ku tahu kau tak mungkin bersama ku lagi untuk meraikannya. Kau pergi beberapa hari sebelum seluruh umat Islam menjalani ibadah puasa. Tak mungkin aku kan lupa tarikh dan masa ketika itu. Tarikh dimana aku telah kehilangan satu-satunya permata yang selama ini selalu menyinari hidupku. Ku rindukan ketupat yang dibuat oleh mu, ku rindukan kuih-kuih raya yang dibuat oleh mu. Ku rindukan senyumanmu di setiap pagi syawal, betapa gembiranya hatimu apabila memakai baju baru yang dibelikan oleh anak-anakmu. Betapa gembiranya hatimu apabila melihat anak-anakmu pulang dari perantauan. Ibu, aku ingin mencium tanganmu di pagi syawal, aku ingin memelukmu dan mencium pipimu. Aku rindukan ciuman mu ibu..

Ibu, aku mendoakan agar kau aman di sana. Semoga kau ditempatkan di sisi-NYA. Hanya itu yang mampu ku lakukan, ku tidak berdaya melawan takdir yang sudah tertulis. Sungguhpun kau tiada di mataku lagi namun ku yakin, kau sentiasa ada di sisi aku untuk menemaniku. Aku sunyi tanpa suaramu, aku rindukan teguranmu dan sesungguhnya aku rindukan senyumanmu ibu..

...Al - Fatihah buatmu ibu...


Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa hati

Ayah ibu lama dah juga pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahagia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

S. Jibeng - Musafir Di Aidil Fitri
>> Download <<

6 Komen:

ras-adieza Monday, 01 September, 2008  

kata2 awak ni mengingatkan saya pada arwah abah saya yang telah pergi pada tahun 2000. Dulu saya jarang menghargai arwah cuma ala kadar ja, tapi selepas pemergian dia...terasa ingin membalas segala jerit perih arwah. Kini hanya doa mengiringi arwah, yang penting sekarang dan ketika ini harus menghargai setiap insan yang kita sayangi agar satu hari tiada rasa terkilan di hati.

Yana Ismail Monday, 01 September, 2008  

Al-fatihah~

Kuatkan semangat ok? Doakan ibu kamu ditempatkan di kalangan golongan2 yg beriman..aminnnn

Anonymous,  Tuesday, 02 September, 2008  

salam..
ermm..
takziah walaupun dah terlewat..
sebak hati bila disentuh sj bab ibu..
azza baru balik jmpa mak n abah smlm..terubat rindu..sempatlah bsahur bsama..
moga kamezaim kuatkan semangat n tabahkan hati...
azza yg duduk bjauhan walaupun masih punyai ibu boleh terasa rindu..apatah lagi insan2 spt kamezaim yg dah setahun kehilangan...

Eriyza Saturday, 06 September, 2008  

Kasih ibu akan kekal selamanya di dalam ingatan. Al-fatihah tuk bonda awak dan juga bonda saya. Pada hari bonda awak genap setahun pergi, bonda saya pula genap seratus hari meninggalkan kami.

Myza Pesona Sunday, 07 September, 2008  

Salam Zaim. Tabahkan hati.Kita serupa saja. Arwah mama Myza pun dah dua tahun pergi, 16/2/2006, pun tanpa sebarang pesan. Pemergiannya tanpa diduga, waktu itu saya sedang berkursus. Tidak menyangka perbualan telefon seminggu sebelum itu semasa dia menjalani pemeriksaan di IJN merupakan perbualan kami yang terakhir. Baru bercadang utk balik menziarahnya selepas kursus tetapi kepulangan Myza selepas kursus adalah untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Memang kita akan terasa kehilangannya terutamanya bila tibanya Ramadhan dan Syawal.Rindu akan masakannya dan sebagainya. Apapun, sedekahkan Al-Fatihah untuknya!Itu yang lebih baik.Al- Fatihah!

Anonymous,  Sunday, 07 September, 2008  

Al - Fatihah untuk semua yang kita sayang yang telah pergi!Sememangnya Ramadhan dan Syawal akan membuatkan kita teringatnya ibu.Arwah mama Myza telah pergi mengadap Illahi pada 16/2/06, beberapa hari sebelum hari ulangtahun Myza.Perginya tanpa diduga dan perbualan kami pada 8/2 adalah perbualan telefon terakhir buat kami berdua.Masa tu saya berkursus dan bercadang utk balik menziarahnya setelah habis kursus apabila mendapat tahu dia dimasukkan ke hospital setelah balik dr temujanji di IJN.Memang saya balik, tetapi balik untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.Mama meninggalkan kami semua tanpa kami semua berada di sisinya di ICU.Apapun, saya tetap doakan mama agar aman di sana!

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP