29 October 2008

Airmata Sheila.. (Bahagian 2)

Sebulan sudah berlalu, namun dirasanya bagai baru semalam dia kehilangan ibu tercinta. Tinggallah dia di rumah itu seorang diri, tidak berayah dan tidak beribu. Hatinya menjadi sayu tatkala bila terlihat pakaian dan potret arwah ibunya. Tiada apa lagi yang dapat dia lakukan selain menangis siang dan malam mengenangkan nasib diri yang telah terjadi dan yang bakal terjadi. Sheila meletakkan kepalanya di bantal busuknya dengan harapan dia dapat melelapkan mata dan melupakan seketika apa yang telah terjadi. Dalam keadaan yang letih, matanya terus lelap ditenggelam kegelapan malam..

Sheila tersedar dari tidurnya, setelah terdengar laungan azan subuh yang kedengaran di setiap sudut kampung itu. Dia terus bangun dan mencapai kain tualanya. Terus berlari menuju ke tandas untuk mandi dan mengambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh. Kedinginan subuh kian terasa, menambahkan lagi perasaan sayu di hati Sheila tatkala dia berada di dalam bilik mandi. Bilik mandi inilah menjadi saksi apabila dia memandikan jenazah arwah ibunya dulu. Namun dia teruskan jua niatnya tadi dengan harapan dia tidak terlepas dari menunaikan solat subuh..

Fajar pagi kian menyinsing, Sheila masih berdiri di jendela rumahnya. Melihat kanak-kanak berjalan menuju ke sekolah. Sambil dipimpin ibu dan ayah mereka. Sheila berkata didalam hatinya, benar kata orang, kasihnya ayah mencari rezeki siang dan malam, kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya saudara hanyalah ketika kita berada. Lalu, dia teringat akan kata-kata Zul tempoh hari. Zul ada mengajaknya untuk ke Kuala Lumpur dengan harapan dia dapat melupakan apa yang terjadi. Terasa berat dihati Sheila untuk meninggalkan rumah ini, kerana di rumah inilah dia dibesarkan. Di rumah ini juga dia ketawa dan menangis dan di rumah ini jugalah terdapat satu-satunya memori dia bersama arwah ibunya. Namun, dia terfikir juga akan masa depannya. Sampai bila dia harus tinggal di sini seorang diri, hidup hanya sebatang kara. Dia harus mencari kerja untuk meneruskan kehidupannya. Setelah Sheila berfikir dan terus berfikir akan masa depannya, akhirnya Sheila nekad untuk tinggalkan kampung itu dan berhijrah ke Kota Metropolitan. Sheila hanyalah gadis kampung, tidak pernah sekali pun Sheila menjejakkan kakinya di bandar metropolitan itu. Namun dia percaya dan yakin pada Zul yang telah berjanji untuk membantu Sheila mencari kerja dan menjaganya..

Dia mengunci pintu rumahnya dan terus berlari menuju ke hujung kampung yang terdapat satu telifon awam disana. Setibanya di sana, terasa hampa dalam dirinya apabila melihat telifon awam itu sudah tidak punya ganggang lagi. Mulutnya membebel seorang diri, memaki-hamun pada hantu yang telah merosakkan kemudahan awam ni. Baru dia teringat, ada lagi satu telifon awam di kampung sebelah. Tanpa membuang masa, Sheila terus berlari menuju ke kampung sebelah dengan harapan tiada hantu yang merosakkan telifon tu. Akhirnya sampai juga Sheila di pondok telifon itu, dia dapati telidon awan itu masih dapat digunakan. Bukan main gembira hati Sheila cuma dia tak melompat-lompat macam orang gila dekat situ. Sheila terus menghubungi Zul dengan penuh kegembiraan di hati. Selain dia memberitahu hajat dihatinya, dapat juga dia melepaskan rindu pada Zul.. Terukir satu senyuman di bibir Sheila apabila terdengar suara Zul. Setelah selesai berbual dan melepaskan rindu, akhirnya Sheila memberitahu Zul bahawa dia ingin mengikut Zul ke kuala lumpur untuk mencari kerja. Akhirnya Zul memberitahu Sheila bahawa esok pagi dia akan datang untuk mengambilnya dan meminta Sheila agar bersiap-sedia dan membawa barang-barang yang penting sahaja. Sheila setuju dan memberi ucapan terima kasih dan salam kepada Zul kerana hari kian gelap. Dia harus sampai ke rumah sebelum matahari terbenam kerana takut apa-apa akan terjadi. Sheila pun meletakkan ganggang dan terus berlari menuju ke rumah dengan hati yang gembira..

Sheila mengeluarkan semua baju-bajunya dari dalam almari, di campaknya ke atas katil. Sheila melipat satu persatu pakaiannya ke dalam beg bajunya. Setelah semuanya selesai, Sheila tersenyum seorang diri apabila melihat beg pakaiannya saja dah 3 beg. Itu tidak termasuk keperluan-keperluan kewanitaannya lagi. Sheila memujuk hatinya, tak mengapalah. Bawa saja semua, manalah tahu kalau-kalau nanti diperlukan. Dalam keadaan letih, Sheila terlelap di atas begnya itu..

Pagi yang di nanti akhirnya tiba jua, awal-awal lagi Sheila dah berdiri di depan pintu rumahnya sambil memerhatikan di jalan yang menghala ke rumahnya. Tapi tidak juga kelihatan sebarang cahaya lampu kereta yang menuju ke rumahnya. Tidak berapa lama selepas itu, akhirnya tiba juga kehadiran yang di nanti. Dengan perlahan Zul membuka pintu keretanya lalu memberi salam kepada Sheila. Rindu di hati Sheila tidak dapat di bendung lagi, dia turun dari rumahnya dan berlari menuju ke Zul lantas memeluk Zul hingga nak terjatuh Zul dibuatnya. Zul tersenyum seorang diri melihat gelagat tunangnya itu, bagai penyu yang dah bertahun tak jumpa air laut. Zul mencium dahi Sheila menandakan dia juga merindukan Sheila. Tiba-tiba Zul terkejut apabila melihat beg-beg Sheila yang mengalahkan orang balik dari luar negara. lalu Zul berkata pada Sheila "Sayang, banyaknya barang sayang. Kan semalam abang pesan bawa yang perlu saja. Ini dah macam baru lepas kena banjir je. Tiang rumah tu tak nak bawa sekali ke.". Lantas Zul ketawa kecil. Kemudian Sheila berkata sambil tangannya mencubit tangan Zul "Ala abang ni, biasalah. Dah nama pun perempuan, mestilah banyak yang nak dibawa. Nak sayang bagitahu ke apa yang sayang bawa tu, takut nanti abg yang malu.". Tanpa membuang masa, Zul terus mengambil barang-barang Sheila dan meletakkannya ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan, Sheila membuka pintu kereta dan apabila sebelah kakinya memasuki kereta, terasa sayu mula menyelubungi jiwanya. Dia menoleh melihat sebuah teratak yang banyak menyimpan memori buat hidupnya. Sheila berkata di dalam hatinya, biar apapun yang terjadi dia tetap akan pulang ke kampung ini. Airmatanya kian mengalir namun segera di sapunya agar Zul tidak perasan. Dia tak mahu merosakkan perjalanannya itu. Kereta beransur pergi meninggalkan perkarangan rumah itu, Sheila meminta agar Zul memberhentikan keretanya di kawasan tanah perkuburan. Sheila ingin memberitahu ibunya yang dia ingin pergi ke Kuala Lumpur. Zul cuma mengangguk menandakan setuju dengan permintaan buah hatinya itu. Setibanya di kawasan tanah perkuburan itu, Sheila meminta agar Zul menunggunya sahaja di dalam kereta. Lalu, Sheila terus berjalan menuju ke pusara arwah ibunya. Pada saat itu, tubuh Sheila menjadi lemah setelah melihat pusara arwah ibunya. Sheila duduk di tepi pusara ibunya dan membacakan beberapa doa untuk ibunya. Setelah selesai membaca doa, Sheila berkata pada ibunya dengan harapan agar arwah ibunya mendengar apa yang ingin dia katakan itu. "Ibu, anak ibu datang menziarah ibu. Sheila rindukan ibu, Sheila nak tidur dalam pelukan ibu. Ibu, Sheila datang ni nak minta izin untuk pergi ke Kuala lumpur. Sheila ingat, Sheila nak cari kerja di sana. Di sini tak ada kerja yang boleh Sheila buat ibu. Ibu, setelah ibu pergi, penduduk kampung dah tak hiraukan Sheila lagi. Sheila terasa asing di dalam kampung sendiri ibu. Izinkanlah Sheila untuk mencari kehidupan yang baru. Ibu, Sheila minta ampun dari ibu. Halalkan segala makan dan minum Sheila ye ibu. Sheila yakin, walaupun ibu sudah tiada di depan mata Sheila lagi namun ibu tetap di sisi Sheila. Terima kasih ibu kerana telah banyak berkorban demi Sheila. Sheila bangga ibu, bangga kerana Sheila di lahirkan dari rahimmu ibu. Suatu hari nanti, Sheila juga ingin jadi seperti ibu..". Sheila mencium batu nisan arwah ibunya dan terus bangun dan berlalu meninggalkan pusara ibunya. Kali ini, Sheila membiarkan saja airmatanya mengalir ke pipinya. Setibanya Sheila di kereta, Zul hanya mampu memerhatikannya sahaja mungkin kerana Zul juga memahami perasaan Sheila ketika itu. Lalu enjin kereta dihidupkan dan mereka pun berlalu meninggalkan kampung itu..

Bersambung..

3 Komen:

A.I.Z.A.T Thursday, 30 October, 2008  

wah..ni ko tulis sendiri ke?
terer oooooo

Eiba Thursday, 30 October, 2008  

alahai..sambung lagi..citer nieee... terfikir2 apa ending nyerrr...penat taww..watever saya akan tggu ending nyer..cam best jer yerk...

Anonymous,  Friday, 31 October, 2008  

Thanks for the heads up.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP