06 October 2008

Mati Digigit Anjing!!







Assalamualaikum..
Baru-baru ni kamezaim ada mendapat e-mail dari seorang teman kamezaim. Seorang kanak-kanak mati digigit anjing. Menurut gambar-gambar yang lain, tragedi ini terjadi di Negara Thailand. Sungguhpun bukan di Malaysia, namun janganlah kita mengambil mudah tentang perkara seperti ini. Mungkin esok atau lusa, ianya akan menimpa pada kita. Tujuan kamezaim masukkan gambar-gambar ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, kamezaim cuma untuk jadikan ianya satu iktibar dan renungan buat kita semua. kerana, mungkin ada sesetengah blogger yang lain ada mendapat e-mail ini dan ada juga yang tak dapat dan tak pernah tahu tentang kejadian ini.

Awasilah anak-anak anda dan juga awasilah diri anda. Sungguhpun malang itu tidak berbau namun tidak salah sekiranya kita mengambil langkah berhati-hati. kerana mencegah lebih baik dari mengubati. Sebagai seorang yang beragama Islam, dah tentu kita tahu bukan bahawa anjing itu haram bagi kita. Sungguhpun kita tidak mencari anjing namun tak semestinya anjing tidak mencari kita.hehe Anjing seperti peluru, kerana peluru tidak pernah kenal siapa mangsanya. begitu juga dengan anjing, siapa dia rasa nak gigit, dia akan gigit..

Andai kanak-kanak yang tidak berdosa diatas adalah beragama Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepadanya. Moga rohnya ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman..

Marilah kita renungkan bersama..

5 Komen:

Tirana Tuesday, 07 October, 2008  

Menggerunkan..Saya paling takut pada anjing lebih2 lagi anjing yang besar2 tu..dan jugak pada anjing liar. Minta simpang dikejar anjing..takut tak cukup tanah nak lari..hehehe

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) Tuesday, 07 October, 2008  

hish mmg ngeri tengok kejadian camni..apatah lagi melibatkan budak kecik..teringat kat anak...takutnye...

dulu akak punye kucing kene gigit2 dgn anjing...kalau dia makan takpelah jugak..ni tak..dia biarkan tergolek camtu je kucing akak tu...mmg cel....ish..geram betul...kesian sbb masa tu dia mengiaw kuat sgt mintak tolong..kitorg pun tak leh buat ape sbb masa tu malam hari...dah siang baru tau dia mati...

susah betul anjing dok bersepah2 merata2 ni...

ras-adieza Tuesday, 07 October, 2008  

isy...kesianya tengok mayat budak tu. camne agaknyer cara digigit...duk meronta2 menjerit...ya Allah...

kuIna Tuesday, 07 October, 2008  

tragis, ngeri... sedih...

Anonymous,  Tuesday, 24 February, 2009  

I think u should revise what you wrote.

Di dalam Al Quran & Hadiths, tak ditulis bahawa anjing adalah haram.
Tapi, ape yang kotor dan dianggap najis adalah air ludahnya. Sebab tu kita harus cuci bekas yang telah dijilat anjing.

Pls dont be ignorant and read up ur facts.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP