13 October 2008

Terima Kasih..

terima kasih

Assalamualaikum..
Bersyukur kamezaim ke hadrat ilahi kerana masih diizinkan Allah S.W.T untuk menulis dan mencoretkan apa saja yang terlintas disudut hati dan fikiran ini. Di sudut inilah tempat kamezaim meluahkan apa yang dirasa sama ada suka mahupun duka, dialah menjadi teman tatkala jiwa ini sedih menahan pilu. Tiada siapapun yang dapat melarikan diri dari merasa sedih, kecewa dan derita. Hidup tanpa derita dan kecewa, rasa bagai tiada ertinya kehidupan ini buat kita. Andai tiada derita, maka kita tak kan tahu betapa nilainya erti kebahagiaan itu..

Kamezaim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga blogger yang sudi mengunjungi blog kamezaim ini tanpa rasa jemu dan bosan. Tak pernah lupa meninggalkan sedikit komen ataupun kata-kata nasihat yang cukup bermakna buat kamezaim. Tiada apa lagi yang mampu kamezaim berikan melainkan hanya ucapan terima kasih. Kamezaim tahu adakalanya kamezaim tak sempat membuat kunjungan balas kerana terlalu sibuk dengan tugas yang tak dapat kamezaim abaikan. Kamezaim harap tiada yang berkecil hati, andai ada masa kamezaim pasti akan membuat kunjungan balas.

Marilah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita, menjauhkan persengketaan. Kerana sesungguhnya bersatu itu kan teguh dan bercerai itu pasti kan roboh.

Terima Kasih

1 Komen:

azza_irah Monday, 13 October, 2008  

salam..
terharu la pulak baca entry ni..
azza jarang ke mari..sb guna laptop yg lembab sokmooo...
kl guna pc baru buleh smpai ke umah kamezaim ni...sb tu le jarang2 tggl komen..
mslhnya memalam abg guna pc..laptop yg lembab je tggl kat kita...huhu..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP