03 November 2008

Pergilah Kau Jauh Dari Hidupku..

Dari sudut hati yang terluka
Tiada apa lagi yang dapat ku katakan
Kepada siapa lagi harus ku luahkan rasa hati ini
Aku hanyalah insan biasa yang menumpang disudut dunia ini
Meniti setiap ruang kehidupan tanpa merasa jemu dan bosan
Membilang setiap detik masa yang berlalu..

Inginku luahkan apa yang ku rasakan
Tapi masih adakah yang sudi untuk mendengarnya
Aku sendiri pun tak mengerti dengan apa yang terjadi
Tak sanggup rasanya untuk melihat dua hati kan terluka
Terluka hanya kerana kesilapan ku..

Aku hanyalah insan biasa di dunia ini
Tak terdaya untuk melawan takdir yang sudah tertulis
Dulu kau tinggalkan aku bagai sampan hanyut di lautan sepi
Terumbang-ambing aku melawan arus yang bergelora
Kini kau hadir setelah hati ku dimiliki
Hadir untuk merawat luka di hati
Kehadiranmu akan melukakan sebuah hati
Sebuah hati yang teramat menyintaiku..

Pergilah kau jauh dari hatiku
Kisah di antara kita tak mungkin kan berulang lagi
Biarlah ianya berakhir dan hanya tinggal kenangan
Tak mungkin kan ku persiakan dirinya hanya kerana dirimu
Andai sekalipun hati ini masih belum dimiliki
Namun tidak bererti ku kan terima cintamu lagi
Bagi ku cintamu sudah tidak membawa apa-apa erti lagi
Hanya satu ku minta darimu
Pergilah kau jauh dari hidupku ini..

2 Komen:

♥ AwenShahOmar ♥ Monday, 03 November, 2008  

adduh....
sedih!
hrp2..kes mcm puisi nie x terjadi kat saye.. huhuu

jelikweyh Tuesday, 04 November, 2008  

nih kamezaim tlg luah kn utk incit norman hakim eyh ??? hohoho :)

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP