Loading...

21 November 2008

Mat Rempit Mati Katak & Awek Rempit Putus Kaki..

video

Assalamualaikum..
Inilah akibatnya kalau kita sering menunjuk-nunjuk di jalan raya. Tiada gunanya kalau kita menunjuk kehebatan di jalan raya, tak ada seorang pun yang bangga dan kagum dengan kehebatan itu, malah ada yang menyampah melihatnya. Jalan raya bukanlah tempat untuk kita berlumba atau untuk menunjuk siapa kita. Kerana sesungguhnya malang itu tak pernah kita tahu bila akan menimpa kita. Seharusnya di jalan raya kita harus menghormati antara satu sama lain, harus ada sikap tolak-ansur dan bersabar. Hanya kerana kita tak sanggup bersabar dalam beberapa minit, hidup kita mampu berubah sekelip mata dari hidup yang bahagia menjadi derita.

Adakah kenderaan yang lebih besar harus mengelak dan mengalah sentiasa dari kenderaan yang lebih kecil berbandingnya? Kalau anda berfikiran sebegitu, sememangnya anda silap. Seharusnya, kenderaan yang kecil harus mengalah pada kenderaan yang lebih besar. Kerana, sedarlah bahawa kenderaan anda itu tak layak untuk bertembung dengan lori. Kenderaan anda itu hanyalah tin kosong tapi badan lori adalah besi yang padat. Jika nak banding kekuatan dan berat, kereta langsung tak layak untuk digandingkan dengan lori. Itu kalau antara kereta dan lori, tapi kalau antara manusia dan lori? Fikirlah sendiri..

Kereta mampu di beli di mana saja, tapi nyawa tiada di jual di 7-eleven. Walaupun anda mempunyai wang berjuta-juta, namun anda tetap tak mampu untuk membeli nyawa itu kerana nyawa itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Kadang-kadang kamezaim ada juga mendengar orang-orang kaya berborak, mereka kata kalau ada duit segalanya boleh dapat. Tapi, mereka lupa bahawa ada sesuatu yang mereka tak akan dapat beli iaitu nyawa. Kelajuan lori biasa yang tanpa muatan adalah tidak melebihi 100km/j manakala kelajuan lori biasa yang berada dalam muatan adalah tidak melebihi 70 km/j kecuali lori kargo atau kontena. Kalau lori kargo atau kontena, walaupun tanpa muatan atau dalam muatan, ianya memang laju. Ini kerana kuasa kuda lori tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan lori-lori biasa yang lain. Lori kontena atau kargo atau didalam bahasa inggerisnya adalah Prime Mover dilengkapi dengan 12, 14, 18 gear dan juga sebagainya. Ini kerana muatan yang dibawa mereka cukup berat dan tak boleh di bawa atau di tarik oleh lori lain. Mereka ini di kategorikan sebagai jentera bergerak. Jentera bergerak di bahagikan kepada dua iaitu jentera ringan dan juga jentera berat.

Kalaulah sekalipun anda nak tunjuk kehebatan anda, janganlah membabitkan orang lain. Biarlah kalau putus kaki sekalipun, kaki anda yang putus tapi bukan insan lain yang menjadi mangsa kerana kebodohan anda. Tujuan kamezaim memasukkan video ni ke dalam blog adalah untuk dijadikan renungan buat kita bersama. Marilah kita fikir dan renungkan..

11 Komen:

zariel Friday, 21 November, 2008  

dia ka putus kaki awek tu? visual kureng jelas la

Eiba Saturday, 22 November, 2008  

Takut nak tengok...ngeri..huhuhuhuhu..eiba memang takut mender2 cam nieee...

SiS-lin Sunday, 23 November, 2008  

tu la,masa dok suka2 merempit x ingt dunia kan..skrg sape yg ssh kan..keluarga mereka jgk...

shassha danial,  Thursday, 18 June, 2009  

YA ALLAH...
smoga tuhan maafkan sgala dosa beliau...
amin...
takut nye tgk video nie...
kjadian nie belaku katne ek?..
perak ker?...
gurl tu putus kaki mmg still bole ckp agi ker?...
yg tukang rakam pun 1,nape u tk amek pape tutup kt mayat tu...
kesian arwah...
takpe la...
da ajal...
smoga arwah ditempatkan die tempat org yg beriman...

Anonymous,  Friday, 19 June, 2009  

fuh ade org drift ke mase ending video tu kekeke

Anonymous,  Sunday, 21 June, 2009  

dah ajal nk bwat cam na kna trima je lah

Anonymous,  Sunday, 02 August, 2009  

semoga roh di cucuri ALLAH HENDAK NYA..darah muda...apa nk buat..kesal dulu pendapatan sesal kemudian liang lahat la...amin.

Anonymous,  Saturday, 08 August, 2009  

eiba... kalo takut jangan tengok.

AYAM LAMA,  Sunday, 30 January, 2011  

semua itu ak rase x menjadi pergajaran kepada mat rempit..jika di dalam hati mahu berhenti rempit baru boleh berhenti..jika main dadah x boleh berhenti sebad tertagih..kalau main moto x tertagih..tapi susah nak berhenti..kalau hati nak berhenti baru jadi berhenti..(bekas mat rempit AYAM LAMA)

Anonymous,  Saturday, 07 May, 2011  

hancur lulur hati org tua..anak yg diharapkan dpt menjaga mereka bila dh tua nanti anak lelaki plak tu jadi mangsa hasil dari kecetekkan akal n akal yg kosong..sampai hati seandainya seorang anak mnganiayai hati dan jiwa org2 tua sedangkan dlm hati mereka jauh mengharap..bkn wang ringgit yg dorang pinta tp cukupla sekadar paham isi hati mereka..sedarlah wahai anak2..

Anonymous,  Friday, 01 November, 2013  

Kejadian brlaku dipermatang binjai kepala bat as penang

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My Photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP