31 December 2008

Selamat Tinggal 2008..

Assalamualaikum..
Rasanya baru semalam kamezaim menulis, hari ni kena menulis lagi..hehe Apa nak buat, kamezaim ada menerima Ecard dari serangga kecil. Si Serangga kecil ni nak kata kecil tu tak ada lah kecil sangat tapi hairan juga, macam mana dia boleh menjadi serangga kecil ye?? Tak ke pelik tu..

Ni Ecard yang kamezaim terima dari serangga kecil tersebut :-



Kalau tak silap, serangga kecil ni bagi Ecard ni sempena tahun baru 2009. Betul ke? Atau serangga kecil ni nak mengorat kamezaim? hehe Perasan lah plak kamezaim ni.. Apapun, kamezaim ucapkan terima kasih pada serangga kecil tersebut kerana sudi memberi Ecard yang cukup menarik ni. Comel macam dia juga..hehe

Dengan kesempatan ini, kamezaim ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2009 kepada semua pelawat-pelawat blog ini yang kamezaim hormati. Semoga dengan berlalunya 2008 dan bermulanya 2009, setiap kenangan yang manis itu akan menjadi kenangan yang terindah buat hidup kita manakala kenangan yang pahit itu sekadar menjadi pedoman dan pengajaran sepanjang kita menempuh tahun yang baru ini. Masa tetap berjalan, masa tidak akan menunggu kita. Cuma kita saja yang harus tahu bagaimana untuk menghargai masa yang ada. Kamezaim bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diizinkan Allah untuk kamezaim melalui tahun 2009..

Alamak, kamezaim terlupa plak nak bagitahu siapa serangga kecil itu.. Kalau anda nak tahu siapa serangga kecil itu, sila klik sini.

6 Komen:

ririn Wednesday, 31 December, 2008  

hahaha... saya bingung
serangga kecil itu apa? hehe

happy new year kamezaim!!
:D

Putera Bersiong Wednesday, 31 December, 2008  

Salam ziarah buat saudara kamezaim...blog yg menarik, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009 moga kehadirannya memberi lebih kejayaan dan keberkatan dalam kehidupan kita...insyaallah.

TERA Wednesday, 31 December, 2008  

Anda telah di tag - sila layari blog Tera untuk mendapatkan award anda

Kamezaim Wednesday, 31 December, 2008  

to ririn : serangga kecil tu bak kata Tera adalah lapidop..heheh

To putera bersiong : terima kasih sbb sudi ziarah blog kamezaim..selamat tahun baru juga..

To Tera : ish..ish..serangga kecil ni mmg nak kena ni..hehe

RHEA Thursday, 01 January, 2009  

Salam maal hijrah 1430 & selamat tahun baru 2009..

TERA Thursday, 01 January, 2009  

salam tahun baru yg.... ngee, ayat2 tahun baru... ape tu?? ngorat?? huhu... rela ke?? Baik jgn... serangga kecil ini sgt brbisa, sekali kena tkkan sembuh punye... huhu!

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP