01 January 2009

Selamat Datang 2009..

Assalamualaikum..
Kalau semalam kamezaim kata selamat tinggal 2008, tapi hari ni kamezaim nak kata pula selamat datang 2009. Hari ni kamezaim di takdirkan untuk bercuti..hehe Kepada mereka yang terpaksa bekerja atau bertugas pada hari ini, bertugas lah dengan hati yang ikhlas. Kadang-kala kerja itu lebih baik dari bercuti. Macam kamezaim, kamezaim lebih suka bekerja dari bercuti. Bila cuti, rasa bosan yang teramat sangat. Sampai nak tidur pun dah tak boleh nak tidur.hehe Tapi janganlah sampai bekerja tak bercuti langsung..

Semalam kawan kamezaim kata persembahan bunga api dekat bandar metropolitan meriah, betul ke? Meriah kerana bunga api ke atau meriah sebab banyak gadis-gadis metropolitan yang berpakaian seksi ala-ala britney spears tu...hehe Ada yang pakai tudung bukan main cantik lagi tapi bila pandang bawah sikit, alahai bulatnya lubang pusat dia..hehe Siap boleh gantung kunci kereta lagi dekat pusat dia.. Apalah nak jadi anak bangsa kita, betul-betul memalukan.. Bila dia duduk je terus nampak G-String dia. Bukan main bangga lagi dia sebab semua orang dapat lihat G-String dia tu.. Dah la harta dia yang dekat atas tu bukan main besar, lepas tu pakai baju yang tutup sikit je harta dia tu. Tak ke nak terkeluar harta dia tu.. Di manakah akhlak dan budaya kita sebagai orang melayu yang beragama Islam? Kamezaim pernah bertanya pada perempuan yang berpakaian macam tu, kenapa awak pakai macam ni? Rasa-rasa you all nak tahu apa dia jawab? Dia kata, " awak ni kenapa nak kecoh-kecoh. Mak bapak aku tak kata apapun, kau pulak yang lebih-lebih. Sekarang zaman dah maju, kita kena ikut peredaran zaman. Jangan jadi kolot sangat pemikiran tu, kalau nak pakai kain batik atau tutup aurat, pergi je duduk dekat kampung. Sini kuala lumpur, bukannya kampung. " Siapakah yang kolot pemikirannya? Tak semestinya duduk dekat kuala lumpur kena pakai kain batik, cukuplah sekadar menutup aurat. Adakah kalau duduk dekat kampung yang konon-kononnya kolot itu bila mati nanti kita di kebumikan dalam tanah manakala bila duduk di kuala lumpur dan bila mati nanti di kebumikan diatas langit?.

Lepas tu bila dah kena rogol, bunuh atau culik baru nak menyesal. Baru nak menangis dan kemudian salahkan lelaki. Sebenarnya siapa yang salah? Kalau tak ada madu dalam sarang lebah tu, orang pun tak ingin nak jolok. Mengapa begitu murah harga diri mereka hingga setiap inci tubuh mereka menjadi tatapan umum. Banggakah mereka bila orang memandang mereka tanpa henti? Mereka lupa siapa diri mereka kerana lahirnya mereka ke dunia ini sudah dipenuhi dengan kemewahan dan keamanan. Terlupakah mereka pada pejuang-pejuang tanah air dulu yang berjuang bermati-matian demi mencapai kemerdekaan tanah air kita? Terlupakah mereka pada pejuang-pejuang sekarang yang bertugas siang dan malam tanpa mengira tempat dan keadaan, meninggalkan segala kepentingan diri demi memastikan keamanan dan kedaulatan negara dari sebarang ancaman musuh. Meninggalkan ibu dan ayah, isteri atau suami tercinta, sanak dan saudara, menggalas senjata meneroka hutan belantara. Sedang anda asyik melayani mimpi indah, sedarkah anda di mana kami pada ketika itu? Kami tidak minta apa-apa balasan dari segi wang ringgit, cuma kami minta jagalah maruah kita sebagai bangsa melayu. Jangan sampai melayu hilang di dunia..

Insaflah wahai saudara ku sekalian, janganlah anda menjadikan martabat bangsa melayu adalah yang terbawah sekali. Janganlah kita bergaduh hanya kerana perkara yang remeh, kalau ianya boleh dibincang, bincanglah dengan baik. Jangan kerana awek seorang pun kita nak berbunuh-bunuhan. Marilah kita bersatu wahai saudara-saudaraku sekalian, ini kerana bersatu itu kan teguh manakala bercerai itu pasti kan roboh..

3 Komen:

Munirah Abd Thursday, 01 January, 2009  

selamat tahun baru!!
moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya...

Idalara Tuesday, 06 January, 2009  

Kiranya kita sama..suka bekerja dr bercuti...
apa2 pun tk terlewat nk wish Selamat tahun baru 1430 Hijrah.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP