17 January 2009

Airmata Seorang Ibu..

(Sekadar Gambar Hiasan)

Ketika kau baru ingin mengenal bulan dan bintang
Ketika itulah jua airmata ibumu mengalir membasahi pipi
Setelah ia menaruhkan nyawanya demi melihat kau lahir ke muka bumi ini
Hatinya kian sayu apabila terdengar suara tangisanmu
Menandakan kau selamat dilahirkan..

Ketika kau asyik melihat indahnya dunia ini
Ketika itulah juga ibumu bekerja siang dan malam
Mencari rezeki tidak mengira waktu dan keadaan
Demi melihat kau membesar dalam keadaan yang sempurna..

Ketika kau sedang meningkat dewasa
Ketika kau sudah mula mengenal dunia
Ketika kau punya jiwa yang merdeka
Ketika itulah juga ibumu mula menghitung usia..

Ketika kau mengejar kejayaan dan kemewahan
Ketika kau bebas membuat sebarang keputusan
Ketika kau cuba memburu arus kemodenan
Ketika itulah juga ibumu sudah tiada berdaya..

Kalau dulu ibumu memerah keringat siang dan malam
Demi melihat kau membesar dalam keadaan serba yang ada
Tapi kini kau bekerja siang dan malam
Tidak mengira waktu dan keadaan
Hanyalah untuk kesenangan hidupmu sendiri..

Disebalik kau mengejar impian dan cita - citamu
Kau terlupa pada yang telah banyak berkorban demimu
Ketika kau sedang bersuka - ria di bandar metropolitan
Ketika itulah jua dia menangis mengenangkan dirimu..

Kalau dulu kaulah menjadi teman dikala hatinya sunyi
Bila terpandang wajahmu, hatinya yang resah kian menjadi tenang
Tapi kini kau berada jauh dari penglihatannya
Setiap saat dia berdoa agar masih punya waktu untuk melihatmu
Kerana dia tahu, dia tidak akan dapat selamanya melihat kau membesar..

Kini airmatalah yang menjadi penemannya yang setia
Setiap waktu dia melihat jauh di penghujung jalan
Dengan harapan kau kan pulang menemuinya
Agar terubat rasa rindu di hatinya..

Masa berlalu tiada hentinya
Kini dia kian hampir dengan penghujung hidupnya
Sedang dia tenat menanti masa untuk kembali
Namun kau tiada jua di dalam penglihatannya
Airmatanya mengalir membasahi pipi
Mengenangkan nasib diri yang tiada dihargai..

Dalam wajah yang tenang dan redha
Dengan iman yang ada, dia berlalu meninggalkan segalanya..

* Kepada mereka yang masih punya ibu, hargailah dirinya. Ini kerana, ketika dia masih ada kita tidak akan dapat merasa betapa nilai kasih seorang ibu hinggalah kita kehilangannya. Pada saat kita kehilangannya, baru kita sedari betapa bernilainya kasih seorang ibu. Kasih seorang ibu kita tak mampu beli di mana-mana kerana kasihnya ibu tidak ternilai jika hendak dibandingkan dengan wang ringgit. Kamezaim pernah melalui saat-saat itu, kamezaim tahu macam mana rasanya bila melihat seorang ibu yang telah melahirkan kita, yang telah banyak berkorban demi kita akhirnya terbujur kaku dihadapan kita. kalau dulu perkataan 'mak' sentiasa keluar dari mulut kamezaim tapi kini tiada lagi. Kalau dulu setiap pagi bila kamezaim terjaga dari tidur, wajah mak lah yang pertama kamezaim lihat. Setiap pagi mak sibuk di dapur, memasak nasi goreng dan telur untuk kamezaim dan ayah makan. Tapi kini, semua itu sudah tiada lagi.. Sesungguhnya kasihnya ibu membawa ke syurga..


Renungan terakhirmu..
Al - Fatihah buat bondaku yang tercinta..

3 Komen:

Idalara Sunday, 18 January, 2009  

Hargailah seorg ibu...jangan dilukai hatinya selagi ibu masih hidup..kamezaim buat idalara jadi terlalu rindu pada ibu dan abah kat kampung..serasa sekarang juga nk balik jumpa mereka.
dan aku sebagai seorg ibu pernah terluka dengan perbuatan anak....

su Sunday, 18 January, 2009  

af-fatihah buat arwah bonda kamezaim....

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP