25 January 2009

Idalara..

Assalamualaikum..
Ramai yang sudah mula pulang ke kampung halaman. Bak kata si Idalara, rindu menggamit ku pulang..hehe Tentu seronok kalau dapat balik ke kampung, dapat berjumpa ibu dan ayah. Dapat makan semeja dengan mereka. Dapat bergurau senda dengan sanak dan saudara. Tapi apakan daya, kamezaim masih jua di sini. Sungguhpun rindu itu menggamit ku untuk pulang namun tuntutan tugas membataskan segalanya. Kepada mereka yang masih punya ibu, ayah dan keluarga, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Doa kamezaim, semoga anda semua bahagia walau di mana jua anda berada.

Ops, lupa pulak. Tentu ada yang tertanya-tanya gambar siapakah di atas sana..hehe Buat adik Ieyra, itulah wajah Idalara..hehe Ida yang penuh duka dan lara. Itu pasallah jadi Idalara..hehe Buat Idalara, sudilah kiranya menerima gambar di atas sebagai hadiah dari kamezaim. Sebagai tanda persahabatan kita. Kamezaim amat menyayangi silaturrahim ini, dengan harapan ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat nanti. Buat Idalara, kamezaim ingin memohon maaf andai ada salah dan silap, sesungguhnya kamezaim juga insan biasa yang tak mungkin lari dari melakukan salah dan dosa. Semoga Idalara tabah dan cekal menghadapi segala dugaan Allah bersama anak-anak tersayang.

8 Komen:

intan shaheera@ieyra Sunday, 25 January, 2009  

bertuahnya kalu ieyra dapat kawan atau teman like uncle ni....baik betol

Kamezaim Sunday, 25 January, 2009  

bertuah ke ieyra klu dpt teman mcm uncle ni? hehe bertuah mcm mana tu ieyra? hehehe

Idalara Sunday, 25 January, 2009  

Waalaikumsalam Kamezaim..
agak terkesima bila tguk entri kamezaim kali ni...tak sangka gak idalara jadi bahan entri kamezaim...terimakasih kerana sudi jadi teman yang memahami..gurau senda yang sering buat idalara melupakan segala kelukaan...dan nasihat serta pandangan yang sgt berguna dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran yang tidak pernah henti...idalara pun memohon maaf jika selama persahabatan kita ini ada menguris hati kamezaim...muga kamezaim bahagia di dunia dan akhirat juga.

Kamezaim Sunday, 25 January, 2009  

Terima kasih idalara..hehe Jangan lupa ambil gambar tu ye..

intan shaheera@ieyra Sunday, 25 January, 2009  

auntie dah la tu puji uncle ni....dah kembang dah tu

Kamezaim Sunday, 25 January, 2009  

apa yg kembang ieyra?? ooo..ieyra cemburu ye..kuikui..

intan shaheera@ieyra Sunday, 25 January, 2009  

xde maknanya......
uncle ni pantang dipujilah....

Kamezaim Sunday, 25 January, 2009  

ooo...ieyra tak ihklas ye..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP