27 January 2009

Rindu Seorang Insan..

Rindu..
Aku rindu segalanya
Aku rindu pada yang masih ada
Dan aku merindu pada yang sudah tiada..

Rindu..
Rindu itu suatu penyiksaan
Kerana rindu jiwa yang tenang kian bergelora
Dan kerana rindu jua kita kenal erti kasih dan sayang..

Rindu..
Aku rindukan belaian kasih darimu
Aku rindukan ciuman manja darimu
Aku rindu akan senyuman manismu
Tapi apakan daya, kau sudah tiada lagi
Yang tinggal hanyalah secebis kenangan
Secebis kenangan disepanjang hayatmu
Yang kau tinggalkan buat tatapanku
Tatapan sepanjang hayatku..

6 Komen:

Tirana Tuesday, 27 January, 2009  

Kamezaim kehilangan ibu, saya kehilangan ayah..sama-sama kita dilanda rindu yang tiada kesudahannya..

intan shaheera@ieyra Tuesday, 27 January, 2009  

bunyi macam ngah kesunyiaan je....

Kamezaim Tuesday, 27 January, 2009  

Kita serupa tirana.. rindu yg tiada penghujungnya..

Memang sunyi pun ieyra..

Idalara Tuesday, 27 January, 2009  

Napelah semuanya tgh kesunyian dan kerinduan jer ni... idalara tak suka keadaan ni..tapi apa boleh buat..ia dtg tiba2 dan nk pergi susah sgt...

Idalara Tuesday, 27 January, 2009  

JIka terlalu rindu kat ibu yang telah tiada..sentiasa sedekahkah Ayat2 Suci atau yang paling mudah Al Fatihah..
muga Roh ibumu diterima disisi Allah. Amin...

I'm LeGend Saturday, 31 January, 2009  

rindu itu sering bertandang tatkala sepi menjengah! wah!! ak terjiwang di page kamezaim

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP