16 February 2009

10 Soalan Untuk Anda..

Assalamualaikum..
Maafkan kamezaim ye.. hehe Kamezaim masih di sini, penutupan selama 3 hari itu dibatalkan.. hehe Apa khabar semua? Rindulah dekat anda semua.. Jangan marah kamezaim ye.. ekekeke

Kamezaim ada beberapa soalan yang hendak ditanya kepada anda. Andai ada yang sudi, silalah beri jawapan ataupun pandangan. Kamezaim harap jawapan / pandangan anda itu biarlah yang masuk akal ok.. hehe

Soalan 1 : Dari sudut mata seorang wanita, lelaki bagaimanakah yang diharapkan?
Soalan 2 : Apakah yang sebenarnya di cari oleh seorang insan yang bernama wanita?
Soalan 3 : Antara airmata seorang wanita dan lelaki, yang manakah lebih bernilai?
Soalan 4 : Hadiah apakah yang sesuai diberikan kepada seorang bernama wanita?
Soalan 5 : Kita mencuba segala yang boleh, mencurah segala apa yang dirasa namun dia tetap tidak menghargai / memahami apa yang kita lakukan hanyalah untuk bersamanya. Apa harus dilakukan?
Soalan 6 : Kita menyayangi dan mencintai seseorang itu, namun dalam masa yang sama kita tahu bahawa hati insan yang kita cintai itu telah pun berpunya. Namun kita tidak dapat melupakan dia. Apa yang harus dilakukan?
Soalan 7 : Adakah kita harus berkorban segalanya hanyalah kerana untuk insan yang kita cintai?
Soalan 8 : Andai hati seorang wanita itu sedang terluka, lelaki seperti manakah yang diharapkan untuk berada di sisinya ketika itu?
Soalan 9 : Andai seorang wanita itu menyatakan kepada kita bahawa dia sudah tertarik pada kita namun dalam masa yang sama dia menyatakan bahawa dia masih menyayangi kekasih lamanya, haruskan kita menanti pada nya?
Soalan 10 : Kita tahu bahawa hatinya sudah dilukai oleh insan yang dia sayangi dan kita cuba menghampiri hidupnya untuk merawat luka di hatinya. Dengan niat setulus ikhlas untuk membawa dia jauh dari kekecewaan menuju kebahagiaan. Namun, setelah kasih kita curahkan kepadanya akhirnya dia menyatakan bahawa antara dia dan teman lelakinya sudah berbaik semula. Apakah yang harus kita lakukan?

Kamezaim harap andai ada yang sudi, silalah kiranya menjawab 10 soalan di atas dengan seikhlas hati. Segala jawapan yang berunsur negatif adalah dilarang sama sekali. Harap anda dapat membantu kamezaim..

Terima Kasih.

6 Komen:

mademoiselle azieshakespeare Monday, 16 February, 2009  

banyak nye nak jawab ;p
(sorry x menjawab soalan, ehehe)

Anonymous,  Tuesday, 17 February, 2009  

a.Beriman dan bertanggjwb
b.Seorg lelaki yang setia,mengasihi dan menerima kita seadanya.
c.Airmata seorg lelaki
d. Cinta dan kesetiaan
e.lupakan dan tinggalkan
f.berusaha utk lupakan,buat apa terhegeh2 pada perempuan spt itu.
g.Yg dapat mengubat kelukaannya
h. wanita itu tak setia dan hnya mempermainkan perasaan lelaki.
i. Tinggalkan..lupakan..kerana dia hnya mempergunakan lelaki.

Kame..jawapan yg ikhlas bukan berlandaskan apa2 tujuan..

NILAM Tuesday, 17 February, 2009  

Assalamualaikum saudara kamezaim..bagi nilam semuanya adalah subjektif kerana terpulangla pada penilaian masing2... tapi pada nilam...

1.yang bertanggungjawap

2. kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan

3. kedua2nya berharga ..terpulang pada situasi kerana setiap air mata yang tumpah adalah amat bererti utk nilam..kerana air mata jangan mudah dititiskan tanpa sebab

4. perfum n bunga

5 saudara kamezaim..cinta itu bukan paksaan...ianya satu anugerah...kalau ia datang..ia akan hinggap senyap2 dihatimu n hatinya dan dia takkan pergi...jika tidak, tiada sapa yang mampu membuka hatimu walaupun dengan seribu janji ...menyayangi seseorang bukan bermakna kita harus memaksanya menerima cinta kita...biarkan cinta hadir sendiri...

6 : Jodoh pertemuan ajal maut kan di tangan Tuhan..mausia hanya merancang yang tentukan Allah swt..redhailah takdir

7 : Bukankan hidup ini satu pengorbanan saudara?pengorbanan yang ikhlas dari cinta yang tulus ikhlas

8 : Seorang lelaki yang memahami dan memberinya masa dan peluang untuknya mencari cinta kembali


9 : tertarik sebagai apa saudara? sebagai kwn? atau kekasih?atau hanya sebagai seorang lelaki? masihkan dia berpegang pada kisah lama? ..hendakkah dia beri peluang pada saudara? menanti harus wajar ..jika dia masih bermimpi di siang hari...untuk apa menaruh harapan pada camar yang tak hendak terbang pulang?

10 : teruskan mencari cinta sejati saudara tapi dia bukan untukmu....maafkan nilam tetapi bagi nilam seseorang tidak wajar mempermainkan cinta dan kasih sayang orang lain atas dasar apa sekalipun ....kerana hanya orang yang mengalami sahaja yang tau betapa kedukaan itu...

Sekian...semoga saudara menemui cinta sejati

mass Wednesday, 18 February, 2009  

pendapat dan pandangan mass sama macam idalara....copy & paste bleh kan idalara....hehehe

OJENG Thursday, 19 February, 2009  

banyaknye soklan.huhu
kite nak jawab 2 je laa.huhu
no 6 -memang rasa kecewa sgt2.coz memng happen pon.but life must go on rite dude?
no8-lelaki yg sgt memahami.tue je.xbanyak pon.satu tue je.tapi punyalah susah nak cari yg satu ciri tue..hhmmm

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP